Baha’i agama termuda di dunia

0
32

AGAMA Baha’i merupakan agama yang termuda sekali di dunia. Diasaskan pada tahun 1844 oleh Mirza Husayn-Ali Nuri atau lebih dikenali sebagai Bahaullah di Parsi (Iran).

FOTO / WIKIPEDIA

Baha’i merupakan agama yang menggabungkan agama berlainan menjadi satu fahaman atau ikutan dalam kehidupan harian.

Pengikut-pengikut ajaran Baha’i percaya Bahaullah adalah utusan Tuhan terakhir dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia yang kian pesat membangun.

Walaupun agama Baha’i tidak tergolong dalam agama samawi, namun agama ini tidak menolak tokoh-tokoh agama samawi. Agama Baha’i berbeza ajaran Syiah, namun tercetusnya agama ini adalah ibarat persamaan agama Budha yang lahir daripada Hindu dan Kristian dari Judaisme.

FOTO / ABHINAV GAUBA

Intipati ajaran agama Baha’i

1 . Penyatuan dan penyeragaman

Agamai Baha’i percaya bahawa semua manusia di hadapan Tuhan adalah setara dan sama sahaja. Mereka harus saling berprasangka baik, hormat-menghormati dan semua harus dilayan baik sama rata. Ini termasuk kepada semua bangsa, tidak kira kaya atau miskin, tua atau muda dan juga tertakluk untuk semua jantina.

2 . Pendidikan adalah diwajibkan untuk setiap manusia

Bahaullah memberi kewajipan untuk semua ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka, termasuk lelaki atau perempuan.

Ini meliputi semua aspek pendidikan dan paling utama adalah pendidikan agama dan membentuk moral jati diri.

Justeru, hanya pendidikan yang berkualiti sahaja yang akan membentuk nilai-nilai positif dalam masyarakat.

3. Hak sama rata lelaki dan perempuan

Perempuan dan lelaki adalah dua sayap untuk manusiawi. Untuk kesetaraan penuh dan kesedaran yang tinggi, ini adalah penting untuk kemajuan manusia dan transformasi masyarakat.

4 . Menghapuskan prasangka buruk

Bahaullah menegaskan bahawa untuk mencapai kedamaian sejagat, manusia harus menyingkirkan setiap hasad dengki sesama sendiri. Ini termasuk untuk semua lapisan bangsa dan masyarakat. Melalui pendidikan yang sempurna, barulah perasaan hasad dengki dan prasangka buruk dapat disingkirkan.

5 . Berbincang sebelum mengambil sebarang keputusan

Bahaullah menyeru kepada setiap manusia untuk berbincang sebelum mengambil sebarang keputusan dalam setiap aspek kehidupan.

Ini merupakan pintu kepada kebenaran pada setiap persoalan, peribadi mahupun persoalan umum.

6 . Mencari kebenaran

Setiap manusia telah dianugerahi Tuhan dengan pancaindera. Pancaindera ini haruslah digunakan untuk mencari kebenaran dan menolak yang batil.

Melalui penyelidikan kepada kebenaran, manusia akan terhindar dari kegelapan dan godaan iblis.

7 . Sifar dasar manusia

Agama Baha’i percaya manusia diciptakan sempurna sejak alam roh lagi. Tuhan tidak menciptakan ketidaksempurnaan. Sifat-sifat tidak sempurna itu adalah datang dari diri sendiri.

Kini penganut agama Baha’i banyak terdapat di dunia dan sudah bertapak di Indonesia. Salah satu kuil yang tersergam indah adalah di Haifa, Israel.

Untuk masyarakat Malaysia, setakat ini agama Baha’i masih tidak bertapak di sini. Untuk mereka yang kurang arif dengan ilmu teologi, berkemungkinan agama Baha’i ini seakan sensitif kerana seakan dengan ajaran Islam.

Namun kita sebagai muslim harus memantapkan ilmu teologi dan akidah untuk memastikan rakyat Malaysia, hidup dalam suasana harmoni. Toleransi beragama adalah teras kepada perlembagaan.

 

SUMBER : BAHA’I INDONESIA

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini