Gaya Hidup

Bilakah masa yang sesuai membeli tiket penerbangan?

By  | 

SETIAP individu mempunyai pendapat tersendiri tentang masa yang sesuai untuk membeli tiket penerbangan dengan harga murah.

Ada pendapat yang mengatakan tiket berharga murah pada hari Selasa dan ada pula yang mencadangkan membuat pembelian 47 hari sebelum tarikh percutian.

Tetapi, adakah tanggapan tersebut benar atau hanya ‘tuah’ yang diterima oleh kaki travel? Satu kajian yang dijalankan oleh Expedia dan Airlines Reporting Corporation mendapati, menerusi data yang dikumpulkan daripada beberapa sumber seperti International Air Transport Association, Diio Mi dan Airline Tariff Publishing Company, kebanyakan penumpang membeli tiket domestik 57 hari sebelum tarikh penerbangan.

Manakala, bagi destinasi antarabangsa, penumpang biasanya membeli tiket 171 hari sebelum tarikh penerbangan.

Ini tidak bermakna pembelian saat akhir tidak membawa keuntungan kepada anda. Malah, ada antara promosi yang dijalankan oleh syarikat penerbangan turut memberikan diskaun kepada pelanggan.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *