Berbelanja sambil beramal bersama The Batik Boutique

0
64
Sebelum1/7Seterusnya

Item Menarik The Batik Boutique

1-batik

BATIK adalah antara warisan agung negara dan popularitinya dalam kalangan pelancong memang luar biasa. Tetapi mengapa tidak kita sendiri, sebagai pewaris kesenian ini mempromosikannya dengan cara membeli dan memakai barangan berunsurkan batik?

Inisiatif mengkomersialkan batik tempatan telah giat dilaksanakan sejak dulu lagi. Penerimaannya dalam masyarakat setempat semakin menampakkan hasil. Usaha itu turut disumbangkan oleh The Batik Boutique, sebuah perusahaan yang ditubuhkan oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat, Amy Blair yang berhijrah ke Malaysia pada tahun 2007.

Penubuhan The Batik Boutique pada tahun 2010 sebenarnya bermula daripada niat Amy membantu Ana, seorang ibu tunggal dua anak yang diupahnya sebagai guru bahasa Melayu. Projek jahitan barangan batik secara kecil-kecilan oleh Ana mendapat bantuan Amy. Dalam tempoh yang singkat, mereka telah disertai beberapa tukang jahit yang juga merupakan golongan ibu tunggal.

“The Batik Boutique menumpukan kepada transformasi holistik dalam kehidupan wanita dan keluarga yang terlibat dalam gerak kerja jenama ini. Hasil jualan setiap barangan akan diterima kembali mereka yang menghasilkan produk tersebut. 20 peratus daripada keseluruhan keuntungan pula disalurkan kepada badan-badan kebajikan di sekitar Malaysia,” jelas Amy.

Justeru, selain anda dapat membeli barangan batik yang cantik rekaannya, anda juga membantu meringankan beban golongan ibu tunggal dan mereka yang hidup susah. Sambil membeli, sambil menyumbang kepada komuniti. Untuk informasi lanjut, layari laman web The Batik Boutique atau kunjungi laman Facebook rasmi mereka.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini