Belajar perkataan baharu sama ‘puas’ seperti melakukan seks

0
86

PERCAYA atau tidak, ‘rasa’ menyenangkan apabila mempelajari perkataan baharu dalam kamus, makan makanan yang enak dan berjudi adalah sama dengan rasa yang didapati selepas anda melakukan hubungan seks?

Menerusi sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology, para penyelidik di Sepanyol dan Jerman mendapati, mempelajari perkataan baharu dapat mengaktifkan striatum pada bahagian perut lalu menerbitkan rasa menyenangkan sama seperti apa yang anda alami ketika melakukan hubungan seks, berjudi, mengambil dadah dan makan makanan yang enak.

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh manakah mempelajari sesuatu bahasa itu dapat menerbitkan rasa menyenangkan,” ketua penyelidik Antoni Rodriguez Fornells memberitahu akhbar La Vanguardia.

Dari sudut pandangan evolusi, ia merupakan teori yang sangat menarik dan mekanisma ini dapat membantu bahasa manusia berkembang dengan baik,” katanya lagi.

Untuk kajian berkenaan, seramai 36 peserta diminta untuk mengambil bahagian dalam simulasi perjudian dan percubaan pembelajaran bahasa. Hasil kajian menunjukkan, kedua-dua aktiviti merangsang striatum pada bahagian perut, yang membawa para penyelidik untuk menyimpulkan bahawa badan kita mempunyai mekanisme semulajadi untuk menerbitkan rasa menyenangkan kepada proses pembelajaran, yang kemudiannya mendorong kita untuk mengetahui lebih lanjut.

Ini menunjukkan hubungan terhadap pembelajaran dan rasa menyenangkan yang dapat menerangkan mengapa ramai antara kita yang mahu mempelajari perkataan dan bahasa-bahasa asing.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini