Gaya Hidup

Cara simpan makanan di rumah boleh akibatkan masalah kegemukan

By  | 

ADAKAH anda menyimpan kotak bijiran dalam almari terbuka bersebelahan dengan meja makan supaya mudah untuk anda bersarapan pada awal pagi? Jika ya, mungkin anda sedang dalam proses merosakkan diet harian anda. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, menyimpan makanan dengan cara yang salah mampu menyebabkan masalah kegemukan.

Penyelidik di The Ohio State University melawat 50 buah rumah yang didiami oleh respoden gemuk dan 50 responden kurus. Secara purata mereka berumur 47 tahun. Mereka menemu bual setiap respoden dan memerhatikan struktur dan keadaan persekitaran rumah mereka.

Para penyelidik mendapati, respoden gemuk mempunyai kurang makanan sihat di rumah dan mereka gemar berbelanja untuk membeli makanan segera. Mereka juga mempunyai lebih daripada satu peti sejuk berbanding respoden kurus.

Dalam masa yang sama, respoden gemuk didapati meletakkan barang makanan mereka secara terang-terangan, di setiap lokasi di dalam rumah. Jadi, jika anda meletakkan sebalang biskut di ruang tamu atau sebungkus besar kerepek bersebelahan meja komputer, ia mampu memberikan kesan buruk tanpa ada sedari.

Bagaimanapun, menurut penyelidik yang terlibat dalam kajian ini, meninggalkan barang makanan secara terang-terangan bukan menjadi punca utama masalah kegemukan. Tetapi, memberi bayangan bagaimana seseorang itu berfikir tentang makanan. Orang gemuk biasanya sukar untuk tidak makanan apabila melihat makanan ringan memandangkan makanan tersebut dikaitkan dengan penyelesaian kepada depresi.

Jika makanan merupakan perkara utama yang anda fikirkan saban hari, ia mampu menjadi punca kepada masalah tekanan. Dan ia menjadi perkara yang sukar untuk tidak difikarkan,” ujar ketua penyelidik Charles Emery.

Anda tidak boleh terus berhenti makan, tetapi akan boleh mengubah cara anda mengambil dan berfikir tentang makanan,” katanya lagi.

Sumber: Delish

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *