Alternatif jana pendapatan ketika mengembara ke negara asing

0
14

MENGEMBARA ke serata dunia merupakan hobi, minat dan stail anak muda sekarang. Rata-rata mereka lebih gemar untuk mengembara secara backpacker kerana menjimatkan, fleksibel dan tidak terikat dengan itinerari agensi pelancongan.

Ketika melancong, wang yang mencukupi sangat penting. Bagi pengembara backpacker, kami sediakan tip-tip yang boleh digunakan bagi menjana duit ekstra ketika di perantauan.

FOTO/READERS DIGEST

Jika anda mempunyai pengalaman sebagai barista, anda boleh bekerja sementara waktu di kedai-kedai kopi atau bar.

Misalnya ketika berada di New York atau Melbourne yang sememangnya terkenal dengan pelbagai kafe kopi hispter, anda boleh mencuba nasib untuk bekerja untuk tempoh yang pendek.

FOTO/MONGABONG

Malah, anda juga boleh bekerja di ladang sebagai pemetik buah atau pembersih ladang. Lazimnya pekerjaan ini sering ditawarkan di New Zealand dan Australia. Upah untuk setiap tong buah yang dapat berjaya dipetik adalah sekitar AS$15 (RM64) hingga AS$18 (RM77).

Pastikan tubuh anda biasa dengan kerja-kerja lasak dan tahan terhadap keadaan cuaca yang berbeza dengan Malaysia.

Mempunyai kemahiran mengajar juga boleh dijadikan salah satu cara untuk mendapat wang ekstra ketika mengembara.

FOTO/MAXIMO NIVEL

Jika anda ke negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris secara meluas, anda boleh membuat kelas-kelas kecil untuk mereka yang ingin belajar bahasa Inggeris atau subjek yang relevan dengan kepakaran anda.

FOTO/CLEANER IN LONDON

Di hostel murah juga adakalanya menawarkan jawatan sebagai pembersih tandas, penyambut tetamu atau tukang masak.

Tidak salah sesekali mencuba pekerjaan jenis ini kerana selain dapat menjana wang, ia turut melatih kita untuk sentiasa bersyukur.

Tidak ketinggalan, anda juga boleh mendaftar diri di WWOOFing (World Wide Opportunities on Organic Farms). Setelah mendaftar, anda boleh bekerja selama empat hingga lima jam. Sebagai pertukaran, anda akan diberikan tempat tinggal dan makanan secara percuma.

Walaupun pekerjaan tersebut tidak menjanjikan upah atau gaji, tetapi anda dapat menjimatkan wang penginapan dan makan minum.

FOTO/YOUTUBE

Di dunia ini terdapat pelbagai peluang yang boleh direbut lebih-lebih lagi ketika di perantauan. Ketika berada di tempat orang, kita akan lebih mengenali jati diri dan bakat terpendam.

Siapa tahu, anda mungkin berkebolehan untuk membuat persembahan secara berkumpulan di Oxford Street, London ketika musim sejuk?

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini