Tiga mitos kecergasan wajib dikikis

0
12

LEBIH 16.9 juta orang ataupun 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan walaupun semakin ramai yang  mula bersenam. Hampir separuh daripada mereka yang bersenam gagal mencapai keberkesanan positif dan tidak dapat berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Apabila mula bersenam, anda perlulah mendapatkan khidmat pakar ataupun jurulatih peribadi. Jangan bergantung sepenuhnya kepada logik, mitos atau petua yang direka tanpa kajian dan pengesahan pakar. Berikut merupakan antara tiga mitos yang secara puratanya masih dipercayai rakyat Malaysia yang ingin ataupun baru memulakan rejim senaman.

1) Senaman perlu dijalankan di gimnasium

2-adrenalin mitos
Latihan bootcamp semakin popular.

Terdapat pelbagai jenis senaman yang boleh dipelbagaikan mengikut program latihan anda. Latihan bebanan tanpa peralatan (body weight), kardiovaskular, ketangkasan (agility), dan senaman jalanan (street workout) adalah contoh latihan yang boleh dilakukan tanpa perlu ke gimnasium (gim).

Trend terkini yang dilakukan di luar gim termasuklah bootcamp, latihan aerobik berkumpulan dan kick boxing. Aktiviti kardiovaskular seperti futsal, badminton, berbasikal dan joging juga boleh dilakukan di luar gim. Anda juga mempunyai kelebihan sekiranya memiliki kelengkapan gim di rumah.

2) Wajib mengamalkan Diet

Fit young woman fighting off fast food
Pemakanan seimbang memadai untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

Diet Atkins, Paleo, makrobiotik, mengikut kumpulan darah, sistem nutrisi dan banyak lagi teknik diet yang boleh diamalkan bagi mendapatkan bentuk badan ideal. Pengamalan diet-diet ini sememangnya terbukti berkesan tetapi hanya jika ia diamalkan secara teliti dan perlu menepati setiap langkah serta caranya.

Kebanyakan program diet yang dicipta juga tidak datang dari Asia ataupun Malaysia. Justeru, ianya mungkin tidak sesuai dan kurang menepati genetik serta persekitaran keadaan setempat. Sekiranya anda seorang ahli bina badan ataupun atlet profesional, anda perlu mengamalkan diet-diet tertentu bagi mendapatkan bentuk badan dan prestasi pada tahap terbaik.

Bagaimanapun anda tetap akan tampak sihat dan cergas jika anda mengekalkan cara pemakanan seimbang dan kekal aktif dalam memastikan kalori anda digunakan secara maksimum sebagai sumber tenaga.

3) Wajib mengambil suplemen

4-adrenalin mitos
Suplemen komersial tidak begitu penting dalam menjana matlamat kecergasan anda.

Ramai yang percaya bahawa suplemen (makanan tambahan) bina badan seperti gainer, protein dan pembakar lemak (fat burner) wajib diambil dalam tempoh pembinaan otot. Suplemen bina badan adalah makanan tambahan bagi mencukupkan keperluan tubuh hasil tindak balas daripada program latihan. Ia bertujuan untuk merangsang pembesaran saiz badan, menguatkan berat badan ataupun menambah prestasi.

Makanan tambahan tidak berguna sekiranya program latihan anda tidak memenuhi volume dan intensiti yang ditetapkan. Tubuh kita secara semula jadinya mampu menghasilkan mineral dan hormon yang diperlukan. Selain itu, pemakanan seimbang juga dapat memberi mineral dan nutrien yang diperlukan oleh badan.

Anda mungkin lebih memerlukan suplemen seperti multivitamin dan kalsium untuk tulang dan kulit, magnesium untuk memberi waktu tidur yang berkualiti ataupun minyak ikan kod untuk penghadaman. Kesemua suplemen ini lebih efektif membantu meningkatkan prestasi pada peringkat permulaan program latihan berbanding suplemen komersial yang dijual di pasaran.

Lebih baik anda melaburkan wang anda dengan mengikuti program latihan yang berkualiti berbanding membeli suplemen. Program latihan lebih memainkan peranan terhadap penjana kesihatan fizikal dan mental anda daripada pengambilan suplemen. Malah di Amerika Syarikat, jumlah keuntungan tahunan hasil produk suplemen bina badan dilaporkan adalah pada sekitar AS2.7 bilion (RM9.6 bilion) dengan anggaran 50,000 kes setahun melibatkan kes masalah kesihatan akibat pengamalan kumpulan suplemen tersebut.

Kredit foto: mdi8/adictivomagazine/YouTube

KONGSI
Artikel sebelumnyaMadonna jatuh tangga ketika persembahan
Artikel seterusnyaUbat rindu Shae

Bergelar pakar kecergasan sejak tahun 2010. Merupakan graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Aktif dalam sukan tinju, renang dan bootcamp, lelaki berusia 24 tahun ini juga giat menjadi penceramah berkisar topik gaya hidup sihat dan pelan pemakanan. Turut diiktiraf dalam latihan kick boxing dan latihan pemulihan daripada kecederaan sukan serta penyakit kronik.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini