Jana Pendapatan Menerusi Hobi

0
39

ANDA gemar membuat kek dan mencuba pelbagai resepi baharu? Atau anda suka menjalankan aktiviti kreatif seperti projek DIY dan kraftangan? Jika jawapannya ya, tahniah! Ini kerana, perkara-perkara yang disebutkan tadi mampu menjana pendapatan bulanan tambahan untuk anda. Tidak tahu bagaimana mahu bermula sebagai seorang peniaga? Jangan risau. Pepatung boleh membantu.

Jangan pesimis
Sifat ini perlu dibuang jauh-jauh. Jika anda tidak memulakan terlebih dahulu, siapa lagi? Sebagai contoh, seorang wanita merupakan pengasuh kanak-kanak dan dalam masa yang sama terlibat dengan sebuah kumpulan muzik. Tahu-tahu, lima tahun kemudian, dia telah bergelar pengurus kepada sebuah band remaja terkenal. Kedengaran pelik tetapi tidak mustahil.

Jauhi perkataan amatur dan junior
Jika anda tidak serius dengan apa yang anda ada, apatah lagi orang lain bukan? Justeru, seeloknya, jangan libatkan diri anda dengan dua perkataan itu supaya orang ramai dapat menerima anda sebagai profesional. Sebagai contoh: Fotografer junior, pembuat kek dan biskut amatur – sila jauhi gelaran-gelaran tersebut.

Tetapkan deadline
Ia merupakan hobi anda, dan dalam masa yang sama merupakan karier sambilan yang dibuat selepas waktu bekerja. Perkara yang paling penting adalah mengatasi masalah kekangan masa. Siapkan senarai yang mengandungi perkara-perkara penting dan bila ia perlu disiapkan. Ia bukan sahaja menjimatkan masa malah memudahkan anda mengingati kerja-kerja yang perlu disiapkan.

Gunakan platform media sosial
Instagram, Twitter, Facebook – tiga platform ini cukup popular untuk dijadikan medium menyebarkan tentang produk atau servis yang anda tawarkan. Semuanya terletak pada skrin sesentuh telefon pintar pembeli.

Jangan malu bertanya
Pepatah ada mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Jadi, ringan-ringankan mulut untuk bertanya. Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Pada zaman sekarang, sudah kurang pekerja yang duduk dalam jangka masa yang lama dalam sesebuah syarikat. Paling kurang mereka akan bertukar ke dua atau tiga syarikat berlainan sepanjang berkhidmat. Justeru, gunakan peluang yang ada untuk meminta nasihat dan bertanya pada yang pakar.

Persiapkan diri
Untuk membina karier secara sendiri, anda perlu menyiapkan diri dengan segala ilmu yang diperlukan. Pergi ke kelas, seminar dan bergaul dengan orang yang berada dalam lingkungan yang serupa (jika anda terlibat dalam bidang fesyen, rajin-rajinkan diri bermesra dengan peniaga-peniaga lain). Tidak kira berapa bagus produk anda, keuntungan hanya akan terbit setelah anda benar-benar bersedia untuk menjalankan perniagaan.

KONGSI
Artikel sebelumnyaSephora Dituduh Rasis
Artikel seterusnyaDavid Beckham, Brooklyn Kemalangan
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini