9 makanan yang tidak patut diberikan kepada kucing anda

1
36

KUCING merupakan haiwan kesayangan ramai. Apatah lagi dengan sifatnya yang manja, kucing menjadi pilihan kebanyakan individu yang inginkan haiwan peliharaan di rumah. Bagaimanapun, kita sering terlepas pandang apabila memberikan makanan kepada kucing. Benar, si comel gebu ini kerap akan cuba mendapatkan makanan yang sedang kita makan. Namun, sedarkah anda bahawa ada makanan yang tidak baik untuk kesihatan kucing?

1) Susu
Semua kucing suka susu bukan? Menurut doktor haiwan popular, Doktor Jeff Werber, kenyataan tersebut tidak benar sama sekali. Apabila kucing telah disusukan oleh ibunya, ia akan menjadi alah pada susu yang dijual dipasaran. “Mereka akan mengalami cirit-birit dan sakit perut,” katanya.

2) Tuna
Nampak seperti makanan yang paling digemari oleh kucing anda tetapi ia perlulah diberi dalam kadar yang minimum. “Masalahnya bukan terletak pada tuna tersebut, tetapi tahap raksa yang mungkin terkandung di dalamnya,” ujar Jeff.

Dalam pada itu, menurut Doktor Carol Osborne, kucing juga boleh menjadi ketagih dengan rasa ikan tuna dan enggan menikmati hidangan jenis lain. Ini boleh menyebabkan komplikasi pada organ penghadaman haiwan kesayangan anda.

3) Doh beryis yang belum dibakar
Yis digunakan sebagai agen penaik dan Carol menasihati supaya menjauhkan ia daripada kucing anda. Dalam beberapa kes, apabila kucing termakan doh beryis, ia akan berkembang dalam perut sehingga menghimpit aliran darah dalsm badan. Akibatnya, kucing anda akan mengalami masalah sukar untuk bernafas. Dan apabila kandungan gula dalam yis bertukar menjadi alkohol disebabkan kehadiran metabolisme, ia akan menyebabkan kucing anda menjadi mabuk.

4) Kopi
Ujar Carol, jika kucing anda terminum sedikit kopi daripada cawan anda, ia akan menyebabkan masalah cirit-birit, muntah-muntah, terlalu aktif, menaikkan degupan jantung, masalah ketumbuhan dan kemungkinan besar kematian.

5) Coklat
Coklat bahaya pada kucing kerana kandungan kafein di dalamnya. Kesannya sama seperti kopi,” kongsi Carol.

6) Alkohol
Kucing anda tidak mungkin akan minum daripada gelas anda tetapi tertarik untuk menikmati hidangan krim atau susu yang mengandungi alkohol. Kucing turut mengalami kesan pengaruh alkohol yang sama seperti manusia, yang mana menurut Carol, kebanyakannya akan mengalami masalah muntah-muntah dan terhuyung-hayang. Lebih memburukkan keadaan, alkohol juga boleh menyebabkan kematian pada haiwan kesayangan. Melihat pada saiz badan, ia tidak mengambil masa lama bagi kucing untuk berada dalam zon bahaya selepas terminum alkohol.

7) Xylitol
Suka ganti atau xylitol sangat berbahaya untuk kucing. Terlalu banyak xylitol dalam sistem tubuh boleh menyebabkan kucing anda mengalami sawan atau masalah hati. Pastikan anda memeriksa kandungan nutrisi di pek makanan sebelum kucing anda termakan sedikit gula tiruan ini.

8) Bawang merah dan putih
Bawang merah dan putih berpotensi untuk merosakkan sel darah merah lalu menyebabkan masalah anemia,” ungkap Carol. Kesemua jenis bawang berbahaya untuk kucing dan proses memasak tidak akan mengurangkan risiko tersebut.

9) Anggur dan kismis
Menurut Carol, kucing yang makan terlalu banyak anggur dan kismis boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Katanya, kita boleh sahaja berkongsi makanan dengan kucing, asalkan tidak terlalu banyak sehingga memudaratkan kesihatannya.

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini