8 cara menonton siri TV secara maraton

0
18

ANDA baru sahaja membeli set DVD drama bersiri yang menampilkan satu musim rancangan kegemaran anda. Persoalannya, bilakah masa yang sesuai untuk anda menonton kesemua episod tersebut? Pepatung ada jawapannya.

Luangkan masa
Perkara pertama yang paling penting adalah pastikan anda memilih hari cuti atau hari rehat untuk mula menonton. Batalkan segala rancangan. Walaupun anda mula menonton secara maraton pada waktu pagi, kemungkinan untuk anda melekat di hadapan kaca televisyen sehingga malam adalah besar. Justeru, anda tidak akan mempunyai masa untuk keluar rumah dan menyertai rakan-rakan anda makan malam atau berparti.

Tentukan tempat
Ini merupakan perkara yang sangat sukar. Baring di atas sofa, anda mungkin akan tertidur selepas menonton lima episod. Duduk di atas kerusi, punggung anda mungkin akan terasa kebas. Paling menyenangkan adalah duduk di atas sofa dengan selimut membaluti tubuh. Hey, ini hari cuti anda bukan?

Sediakan ‘aksesori’ sebelum bermula
Menekan butang pause pada saat genting biasanya hanya dibenarkan ketika mahu buang air kecil sahaja. Jadi, sediakan sekotak tisu (jika rancangan tersebut penuh drama), air masak secukupnya (buat membasah tekak selepas menangis berjam-jam) dan snek ringan.

Pilihan
Pilihlah drama bersiri yang betul sebelum mula menonton. Memandangkan anda akan menonton keseluruhan musim atau seluruh siri secara lengkap secara maraton, keputusan anda itu akan menentukan sama ada ia sesuatu yang berbaloi atau tidak. Memilih sesuatu yang terlalu dalam menyebabkan anda tidak akan keluar rumah seharian. Manakala memilih siri yang terlalu pendek boleh memberi laluan kepada untuk menyudahkan tontotonan sebelum tibanya malam.

Tekan butang play
Masukkan DVD ke dalam pemain dan tekan butang play. Makan bermulalah maraton anda menonton rancangan kegemaran. Ketika ini, dilarang menjenguk telefon bimbit untuk memeriksa notifikasi Facebook. Anda tidak mahu terganggu dan terpaksa menekan butang rewind.

Rehat
Menonton secara maraton sememangnya satu aktiviti yang memenatkan. Jika anda berasa sedikit letih, jangan lupa berehat selama lima minit bagi memgembalikan tenaga yang hilang.

Pesan makanan
Makan malam? Apa itu makan malam. Ketika menonton secara maraton, anda mungkin terlupa tentang makanan – sehingga anda lupa mahu memasak. Justeru, bagi mengisi perut yang kosong, makanan segera seperti piza boleh dipesan sementara anda menghabiskan tontonan.

Selepas selesai menonton
Tiada yang lebih melegakan daripada menyelesaikan tontonan pada pukul 3 pagi dan terus melelapkan mata di atas sofa.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini