76 gaya rambut cara anda di Salon Number76

0
96

MENCARI salon yang sesuai dan menepati kehendak anda sebenarnya tidak mudah. Kadang-kadang ia hanya menumpukan kepada perkhidmatan asas sahaja iaitu mencuci dan menggunting (wash and cut) sehinggakan tidak menjaga kualiti servis sampingan seperti mewarna, melurus dan merawat rambut.

Namun, di Salon Number76 anda pasti tidak akan dikecewakan. Berdiri di atas cogan kata ’76 gaya, cara anda’, salon yang kini dibuka semula di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur ini menyediakan perkhidmatan rambut yang menyeluruh dan berkualiti. Malah, suasana dan servis tambahan yang diterapkan juga menjadikan ia lebih menonjol.

5-number76

Infrastruktur: Salon berkeluasan 1,800 kaki persegi ini meliputi 16 kaunter penggayaan (stesen menggunting rambut lengkap bersama meja, kerusi dan cermin), lima stesen mencuci / syampu rambut dengan salah satu daripadanya dilengkapi tirai untuk pelanggan VIP atau pelanggan bertudung. Sebuah bilik VIP turut disediakan bersama dua meja penggayaan.

Konsep: Sambil rambut anda diuruskan barisan pendandan profesional, tenangkan minda bersama alunan muzik mendamaikan yang memenuhi segenap ruang salon. Susunan lantai kayu vinil bersilang bersama kertas dinding bercorak bata juga menghidupkan atmosfera mewah sepanjang keberadaan anda di premis ini. Limpahan cahaya daripada lampu industri dan dekorasi perabot vintaj turut memaksimumkan keselesaan anda.

2-number76

Keistimewaan: Para ibu yang membawa anak kecil ke salon ini dapat menikmati kelapangan memanjakan diri tanpa gangguan anak-anak mereka. Sudut kanak-kanak lengkap dengan alat permainan, buku melukis dan alat tulis yang disediakan adalah ruangan efektif bagi mengalih perhatian si kecil daripada mengganggu ibu mereka.

Ekstra: Selain rambut, salon ini turut menawarkan perkhidmatan merias kuku dan rawatan kaki. Justeru, anda tidak perlu ke tempat berbeza bagi memanjakan diri. Penampilan anda dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya dapat disempurnakan di sini.

Info Salon Number76
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 7 malam (tutup pada hari Isnin)
Alamat: E-01-02, Blok E, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Telefon: 03-6203 5111 / 4111
E-mel: [email protected]

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini