7 perkara rutin yang boleh mengganggu kesihatan payudara

0
17

KITA disarankan untuk menyayangi diri sendiri, iaitu sama sahaja maksudnya dengan menjaga tubuh supaya kekal sihat tanpa sebarang gangguan kesihatan. Kadang-kala, kita tidak mempunyai masa untuk memeriksa status kesihatan tubuh, lebih-lebih lagi bahagian payudara.

Mengikut nasihat yang diterbitkan menerusi Redbook Mag, berikut merupakan antara perkara rutin yang sering anda lakukan yang boleh mengganggu kesihatan payudara:

1) Anda kurang minum jus oren
br01
Anda memerlukan vitamin C dan B bagi membantu mengekalkan bentuk payudara.

2) Anda makan terlalu banyak kerepek, gula-gula dan donut
br02
Lemak pada bahagian payudara kelihatan agak kurang menarik. Elakkan daripada makan makanan yang tidak mengandungi nutrien untuk tubuh.

3) Anda sedang dalam proses menurunkan berat badan
br03
Berat badan yang turun secara mendadak boleh menyebabkan payudara anda mengendur. Pilih diet yang seimbang dan senaman yang betul mengikut kesesuaian tubuh.

4) Anda kerap merokok
br04
Kandungan bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan permukaan kulit payudara. Berusaha untuk berhenti merokok bagi mengelakkan kesihatan payudara terjejas.

5) Anda lupa mengurut payudara
br05
Guna pelembab yang sesuai dengan kulit. Ia membantu menjaga payudara anda daripada kering.

6) Anda berlari terlalu kerap dalam jangka masa yang lama
br06
Terlalu banyak gegaran boleh menjadikan payudara anda kendur dengan cepat. Gunakan sport bra ketika berlari bagi mendapat sokongan yang tegap.

7) Anda tidak memeliharanya daripada sinaran matahari
br07
Walaupun anda mengenakan pakaian, pastikan kawasan dada turut dioles dengan krim tabir suria.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini