7 mitos karut tentang bra

0
38

WALAUPUN kebanyakan daripada kaum wanita mengenakan bra setiap hari, namun, masih ada pelbagai mitos yang bercanggah dengan fakta sebenar mengenai pakaian dalam tersebut. Malah, terdapat juga banyak telahan-telahan pelik tentang bra yang sering menghantui si pemakai.

Untuk membantu anda menjawab setiap persoalan yang bermain di benak minda, pakar pakaian dalam, Jene Luciani menerusi bukunya The Bra Book, merungkai tujuh misteri mengenai ‘rakan baik’ anda itu:

Mitos 1: Bra boleh membahayakan kesihatan anda. Kepercayaan karut ini mula dihebahkan sejak kira-kira 20 tahun yang lalu. Ia bermula dengan satu kajian pada tahun 1991 yang mendapati, wanita yang tidak memakai pakaian dalam tidak mudah diserang kanser payudara berbanding yang memakainya. Walaupun ahli-ahli sains yang menjalankan kajian itu percaya ia sebenarnya adalah berkaitan dengan faktor-faktor pemakaian bra, bukannya bra itu sendiri, namun, ia masih menyumbang kepada kepercayaan karut tersebut.

Mereka percaya bahawa underwire yang ketat mampu memampatkan kelejar susu sehingga boleh memerangkap toksin,” jelas Jene di dalam bukunya. “Tetapi, dia kajia saintifik yang dapat menyokong pendapat tersebut,” katanya lagi.

Mitos 2: Tidur sambil memakai bra boleh memontokkan payudara. Terdapat sebilangan wanita memilih untuk memakai bra ketika sedang┬átidur. Namun, separuh daripada kelompok itu percaya bahawa ia mampu menjadikan payudara lebih gebu dan tampil montok. Maaf, tanggapan itu tidak benar. “Tidur dengan bra tidak dapat memontokkan payudara anda. Namun, anda boleh berbuat demikian dengan memakai bra sokongan (sport bra) terutamanya ketika sedang bersenam – yang pada waktu itu merupakan masa payudara mengembang dan meregang,” ujar Jene.

Mitos 3: Saiz bra adalah tidak berubah. Bra adalah sama seperti baju. Tidak semua baju yang bersaiz S muat pada tubuh anda. Begitu juga dengan pakaian dalam. “Setiap jenama bra mempunyai saiz yang berbeza. Bagi mengelakkan anda membeli saiz yang salah, pastikan anda mencuba beberapa stail bra daripada satu jenama yang sama.”

Mitos 4: Huruf menentukan saiz cawan bra. Jika anda pernah mendengar istilah ‘sister size‘ ketika sedang mencuba bra, ia bermaksud stail yang lain juga mampu untuk menampung jumlah cawan bergantung pada saiz getah. “Ukuran menggunakan huruf ada kena mengena dengan saiz cawan. Namun, ia ditentukan menerusi perkiraan antara ukuran,” jelasnya. Walaupun anda mahir dalam bidang matematik, pastikan anda serahkan pada yang pakar jika masih tidak faham mengenai kaitan antara saiz cawan bra dan payudara.

Mitos 5: Saiz purata bagi bra adalah ukuran B. Realitinya, ia lebih besar (Jene menganggarkan sekitar C), tetapi, mitos ini membuka kepada permasalahan yang lebih rumit: wanita sering mengenakan saiz bra yang salah. “Ramai antara wanita mengambil sikap sambil lewa mengenakan saiz bra yang salah kerana ukuran itu sahaja yang banyak terdapat di pusat beli-belah,” kongsi Jene. “Selain itu, pembuat bra juga tahu saiz yang manakah paling banyak terjual, jadi saiz tersebut menjadi saiz purata,” katanya. Justeru, ukur saiz bra dengan betul. Elakkan membeli pakaian dalam tanpa mengambil tahu tentang saiznya terlebih dahulu.

Mitos 6: Bra boleh dibasuh dalam mesin cucian.Apabila anda membasuh pakaian dalam menggunakan mesin pencuci, bahagian tengah cawan pada permukaan bra boleh pecah lalu merosakkan bahagian talinya. Selain itu, mencuci dengan air panas boleh mengendurkan getah pada tali bra. Jika anda mahu mencuci dengan menggunakan mesin, pastikan anda pasang pengancing pada bahagian belakang dan masukkan bra ke dalam beg raga yang lembut. Basuh dengan air sejuk,” ujar Jene. Masih risaukan tentang keadaan bra anda? Basuh menggunakan tangan dengan merendamnya terlebih dahulu. Lebih mudah dan selamat.

Mitos 7: Bra hanya perlu dibasuh seminggu sekali. Mungkin ramai antara kita yang tidak sanggup mengenakan bra yang sama setiap hari selama seminggu. “Kekotoran dan minyak yang terhasil daripada kulit boleh menyebabkan bra cepat kendur. Sebolehnya, pastikan anda membasuh pakaian dalam sekerap yang mungkin,” terang Jene lagi. Jika anda malas henda membasuh bra, beli bra dalam kuantiti yang banyak supaya anda tidak kehabisan pakaian dalam ketika sedang bersiap ke tempat kerja!

Kredit sumber: Marie Claire

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini