6 cara untuk menjadi ‘Morning Person’

0
26

SUDAH menjadi lumrah, setiap individu pasti mempunyai masalah kesukaran untuk bangun pada waktu pagi. Apatah lagi jika malam sebelumnya diakhiri dengan agak lewat. Pasti keesokan harinya mengundang rasa mengantuk lengkap dengan keadaan mata yang sembab.

Paling parah apabila anda tersedar lewat daripada waktu yang sepatutnya. Konflik pastinya tercetus apabila anda mempunyai perancangan atau temu janji yang sangat penting untuk dilunaskan pada hari berkenaan.

Jangan khuatir, masih ada beberapa cara untuk mengatasi masalah bangun lewat.

Tidur awal. Ini merupakan antara ‘petua’ paling mujarab untuk bangun awal pagi. Elakkan makan selepas pukul 9 malam dan jangan melakukan aktiviti berat supaya jantung anda tidak berdegup kencang sehingga menyebabkan anda tidak boleh tidur sehingga pagi!

Rancang aktiviti untuk hari esok. Jika anda sudah mempunyai perancangan atau temu janji penting pada keesokan harinya, anda pasti tidak mahu lewat
atau terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas.

No screens. Ya, jangan benarkan sebarang skrin berada dalam bilik anda. Televisyen, komputer, tablet mahupun telefon bimbit. Gajet mampu menyebabkan anda leka dan akibatnya, anda akan tidur lambat.

Jangan tekan butang snooze. Latih diri untuk bangkit daripada katil sebaik sahaja jam berbunyi. Menekan butang snooze secara kerap boleh menyebabkan anda terlajak tidur.

Tidur apabila penat. Jangan degil. Kadang-kala, badan kita memerlukan lebih rehat setelah menempuh hari yang sibuk pada siangnya.

Bangun pada masa yang sama setiap hari. Ia membantu menyelaraskan jam semula jadi anda. Justeru, anda akan terjaga sebaik sahaja sampai waktunya, tidak kira hari bekerja atau hari cuti.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini