6 Aplikasi Fotografi Menarik Untuk Penggemar Instagram

1
35

SEJAK diperkenalkan kira-kira tiga tahun lalu, aplikasi perkongsian gambar, Instagram begitu popular dalam kalangan pengguna telefon pintar. Walaupun didatangkan dengan lebih sepuluh tetapan filters, masih ramai antara pengguna yang gemar menggunakan aplikasi penyuntingan lain bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Berikut merupakan enam aplikasi popular yang sering digunakan oleh penggemar Instagram untuk memberikan sentuhan unik pada gambar yang telah mereka rakamkan.

VSCO Cam
Tidak dinafikan, aplikasi ini begitu popular dalam ratusan aplikasi penyuntingan gambar yang ada pada Apple Apps Store. Memiliki tetapan filters yang bernuansa minimal, setiap satu daripadanya direka khas dan dikelaskan mengikut beberapa tema. Hasilnya, gambar kelihatan lebih realistik.

AfterLight
Sama seperti VSCO Cam, aplikasi ini turut hadir dengan puluhan tetapan filters minimalistik serta beberapa ciri tambahan. Antaranya ialah efek biasan lampu dan corak habuk. Selain itu, ia juga didatangkan dengan fungsi bingkai dan ini sangat memudahkan anda untuk memuat naik gambar bersaiz 4:3.

Fuzel
Berkebolehan untuk mencantumkan beberapa keping gambar menjadi sebuah kolaj, aplikasi ini juga terkenal dengan fungsi boleh ubah kerangka bingkai mengikut cita rasa masing-masing.

Rhonna
Bagi pengguna yang gemarkan hiasan suntingan berbentuk stamp, aplikasi ini sungguh berbaloi untuk dimiliki. Beberapa pek khas turut dikeluarkan mengikut musim dan festival terdekat yang bakal berlangsung. Selain itu, ia juga didatangkan dengan kebolehan menambah huruf dan perkataan.

Flipagram
Jika anda mempunyai sebuah lagu berserta beberapa keping gambar untuk dimuat naik secara serentak, aplikasi ini merupakan antara yang terbaik untuk tugasan itu. Prosesnya sangat mudah dan lagu yang ingin disertakan boleh dipilih menerusi storan muzik di telefon anda.

TimerCam
Tidak sah jika aplikasi ini tidak terpasang dalam telefon pintar anda. Berfungsi seperti namanya, TimerCam sangat berguna kepada pengemar-penggemar selfie yang sering bergambar menggunakan kamera bahagian hadapan.

Kredit gambar: Getty Images

KONGSI
Artikel sebelumnyaTyra Banks Sedih Dengan Mentaliti Masyarakat
Artikel seterusnyaSekitar Met Gala 2014
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini