5 jenis lelaki yang sering ditemui di konsert-konsert berskala besar

0
4

HARI yang ditunggu telah tiba. Band kegemaran anda turun ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan anda dan peminat-peminat yang lain menerusi sebuah persembahan berskala besar.

Di samping rasa teruja untuk menonton konsert, anda juga telah menyediakan sepasang busana yang cantik dan gaya rambut menarik dengan harapan dapat bergambar dengan kumpulan pujaan anda itu – walaupun anda tahu, pada penghujungnya, anda akan bergelumang dengan peluh dan mungkin juga lumpur.

Pastinya, anda akan turut bercampur dengan wanita-wanita yang bakal dirasuk oleh kuasa muzik. Namun, anda juga tidak terkecuali untuk bertentang mata dengan beberapa jenis lelaki sewaktu menghadiri persembahan konsert.

1) Si peminat-susah-mati yang terlalu ramah
Anda berdiri bersendirian sambil menunggu penyanyi jemputan membuat persembahan. Nasib anda baik, ada seorang lelaki menegur dan memulakan perbualan. Malangnya, lelaki itu tidak mahu berhenti berbual, dan bercakap tentang sejarah band kegemaran anda walaupun konsert telah dimulakan! Mungkin dia boleh membuka kelas sejarah dalam muzik?

2) Si jurugambar
Sebaik sahaja konsert bermula, anda begitu teruja untuk melihat wajah kacak vokalis atau pemain dram band kegemaran anda. Bagaimanapun, secara tiba-tiba, pandangan anda terhalang oleh seorang lelaki yang memegang sebuah kamera bersama lensa yang panjang, menutup wajah-wajah yang anda ingin lihat. Urghh!

3) Si pegun
Muzik yang dimainkan cukup rancak, bass yang dilantunkan cukup untuk membuatkan anda bergoyang. Namun, terdapat seorang lelaki, yang berdiri di sudut hujung kawasan konsert dan hanya memeluk tubuh sambil menonton persembahan. Kepala pun tidak digerakkan. Jadi, apa motif dia pergi ke konsert?

4) Si panjang dan kekasih
Lokasi anda tidaklah terlalu dekat dengan pagar besi yang memisahkan pentas dan penonton. Jadi, apabila ada seorang lelaki tinggi yang menggendong kekasihnya di bahu mula kelihatan, pasti ia menjadi satu pemandangan yang sangat menjelikkan. Dan mungkin juga si kekasih tidak puas dikendong sewaktu kecil.

5) Si penjual air cekik darah
Selepas penat menari dan menyanyi (seperti anda seorang rock star), pastinya tekak berasa haus. Lalu, datang seorang lelaki yang membawa sebuah bekas air mineral sejuk yang dijual dengan harga RM10 sebotol. REALLY?!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini