Gaya Hidup

4 destinasi paling dicari di internet sempena Tahun Baharu Cina

By  | 

WALAUPUN Tahun Baharu Cina sering dikaitkan dengan letupan mercun, upacara makan besar dan perjumpaan kaum keluarga, melancong bersama orang yang tersayang juga mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan selain memeriahkan lagi sambutan perayaan.

Selari dengan kempen ‘Go Domestic‘ yang dicetuskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, cuti Tahun Baharu Cina merupakan masa yang paling sesuai untuk anda menjelajah Malaysia yang kaya dengan ratusan tarikan istimewa.

Justeru, enjin carian mengenai percutian, Skyscanner telah mengumpulkan empat destinasi menarik dalam negara yang wajib dilawati sepanjang 15 hari sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

KL

Ibu negara Kuala Lumpur, dengan pencarian sebanyak 21 peratus carian penerbangan domestik mengungguli carta Skyscanner. Manakala, Pulau Langkawi, Kedah menerima sebanyak 18 peratus carian. Sementara itu, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah masing-masing menerima 13 dan 12 peratus carian penerbangan domestik.

Kota-Kinabalu

Statistik tersebut membuktikan, masih ramai yang memilih destinasi tempatan untuk menghabiskan waktu cuti bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Langkawi

Sama ada menikmati makanan yang lazat di Jalan Petaling atau beratur panjang sebelum dapat menjamah Nasi Kandar di Pulau Pinang, pastikan Skyscanner menjadi pilihan utama anda dalam memilih destinasi untuk bercuti. Layari Skyscanner untuk menempah tiket penerbangan anda sekarang!

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *