Fon telinga Powerbeats² Wireless pengoptimum keselesaan bersukan

0
12

JENAMA pendahulu audio, Beats Electronics LLC (Beats) yang diasaskan bersama Dr. Dre dan Jimmy Iovine memperkenalkan teknologi baharunya berupa fon telinga wayarles. Powerbeats² Wireless, fon telinga wayarles pertama jenama tersebut dicipta untuk golongan atlet dan masih mengekalkan signatur bunyinya yang ringan, tahan lama dengan ciri rintang peluh untuk pengalaman baharu yang mengujakan.

Mengapa fon telinga terkini ini diperlukan untuk anda, si aktif bersukan? Pepatung ada 10 sebab bagi memudahkan anda membuat keputusan.

1) Bebas daripada wayar yang berselirat! Ketika anda bersukan, berlari contohnya, wayar fon telinga sering mengganggu kelancaran larian. Namun, dengan Powerbeats² Wireless, masalah remeh itu dapat diselesaikan.

1-powerbeats

2) Pergerakan tubuh ketika bersukan membuatkan wayar fon telinga turut bergerak dan menarik bahagian fon yang disumbat di dalam telinga sehingga ia menjadi longgar dan seterusnya terkeluar. Berkali-kali anda perlu memperbetulkan kedudukan fon telinga bukan? Bagaimanapun Powerbeats² Wireless dilengkapi dengan pencangkuk telinga fleksibel, sekali gus menghentikan masalah fon telinga tertanggal. Ia mengoptimumkan keselesaan dan melekap kemas tidak kira sepantas mana pergerakan latihan kecergasan anda.

3) Ia diinspirasikan daripada atlet bola keranjang Amerika Syarikat, LeBron James. Justeru, anda secara tidak langsung menyerap semangat dan kehebatan bintang tersebut. Malah James sendiri menyatakan bahawa muzik merupakan motivasi utamanya ketika bersukan dan yakin ia adalah medium terbaik bagi menginpirasi seseorang terhadap penyuntikan tenaga dan fokus.

7-powerbeats

4) Dilengkapi ciri rintang peluh dan air IPX4.

5) Baterinya boleh dicaj semula dan mampu bertahan selama enam jam tanpa henti. Sekiranya bateri dalam keadaan lemah, anda hanya memerlukan 15 minit untuk mengecajnya semula bagi mendapatkan waktu tambahan untuk penggunaan tanpa henti.

2-powerbeats

6) Memiliki sambungan Bluetooth. Justeru, anda bebas untuk bersukan dalam lingkungan sehingga 30 kaki dari peranti pengaktif Bluetooth anda.

7) Tiga kata kuncinya, Performance (Prestasi), Power (Kuasa) dan Freedom (Kebebasan) menjadi perlambangan sempurna kelebihan yang anda akan perolehi apabila menggunakan fon telinga wayarles ini.

3-powebeats

8) Dilengkapi kawalan RemoteTalkTM untuk kekemasan cengakaman ketika menyesuaikan volume, menukar pilihan lagu dan membuat panggilan hands-free.

9) Disediakan dalam pilihan warna hitam, putih, biru kobalt atau merah. Jadi anda boleh memilih mengikut kesesuaian personaliti dan warna kegemaran anda.

4-powerbeats

10) Harganya yang berpatutan menjadikan ia aksesori elektronik mesti dimiliki. Dijual pada harga RM790, Powerbeats² Wireless boleh diperolehi di semua pengedar sah Beats seluruh negara.

 

Kredit foto: PopSugar

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini