2 daripada 3 perokok berkemungkinan mati lebih awal

0
2

SEMUA orang tahu bahawa aktiviti merokok boleh membahayakan kesihatan. Tetapi, apakah reaksi anda jika mendapat tahu dua daripada tiga perokok berkemungkinan mati lebih awal akibat kesan buruk yang ada pada tembakau?

Menerusi sebuah kajian yang dijalankan oleh Pusat Nasional Epidemiologi dan Kesihatan Populasi Universiti Nasional Australia, 1.8 juta daripada 2.7 juta perokok di Australia (secara kasarnya 2 daripada 3) bakal mati akibat kesan-kesan buruk yang boleh didapati daripada aktiviti merokok.

Hanya satu daripada tiga perokok dapat hidup lebih lama dan mati akibat perkara-perkara lain.

Untuk mencapai kesimpulan ini, ahli-ahli sains memantau 204,953 individu berumur 45 dan ke atas yang telah mengambil bahagian dalam kajian 45 and Up di Institut Sax. Antara faktor yang dikawal termasuklah indeks jisim badan tertinggi dan peningkatan tahap minum, dan juga kadar pendidikan yang rendah pendidikan, pendapatan serta perlindungan insurans kesihatan.

Dari tahun 2006 hingga 2009, 5,593 peserta telah mati. Walaupun banyak faktor telah dikawal, para pengkaji mendapati perokok mempunyai kebarangkalian sebanyak tiga kali untuk terdedah kepada kematian. Individu yang merokok sebanyak lebih 25 batang rokok sehari mempunyai kebarangkalian sebanyak empat kali untuk mati lebih awal sementara bekas perokok sebanyak 1.3 kali.

Apabila para pengkaji menggunakan angka tersebut terhadap 2.7 perokok di Australia, mereka dapat merumuskan bahawa sebanyak 1.8 juta daripada jumlah itu akan mati daripada sebarang komplikasi akibat kesan tembakau. Antaranya adalah serangan jantung dan kanser paru-paru.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini