Gaya Hidup

10 respons terhadap jemputan yang bermaksud “tidak” tetapi berbunyi agak sopan

By  | 

PERNAH memberi jemputan? Pasti kebanyakan daripada anda sering menjemput rakan-rakan atau saudara-mara ke majlis perkahwinan, kenduri, hari lahir dan kenduri kesyukuran. Begitupun, tidak semua jemputan yang dikeluarkan akan berbalas dengan jawapan ‘ya’. Ada yang enggan datang (atau tidak boleh datang), tetapi mereka punya cara yang tersendiri untuk menyedapkan hati anda. Nak tahu jawapan sopan yang sering diberikan jika mereka tidak boleh hadir ke majlis anjuran anda?

1) “Aku boleh cuba”
Ini bermakna, tetamu anda benar-benar tidak mencuba. Secara teorinya, tetamu anda boleh mencuba, tetapi itu tidak bermakna dia akan cuba untuk hadir. Ini adalah frasa kebanyakan veteran berpengalaman yang digunakan secara turun-temurun.

2) “Aku cuba datang”
Masih bermaksud tidak. Tetapi, tetamu anda tidak nampak seperti tidak mencuba.

3) “Menarik!”
Seperti anda menonton pertunjukan lawak, jawapan di atas adalah punchline-nya. Jika menarik, kenapa tidak datang sahaja, bukan?

4) “Dengar macam seronok. Nanti call ok?”
Jawapan ini bermakna, si tetamu tidak akan menjawab panggilan atau pesanan anda sewaktu anda cuba menghubunginya kelak.

5) “Oh, aku baru nampak mesej kau. Lepak lagi ke?” (Beberapa jam selepas jemputan)
Jawapan yang terang-terangan palsu. Reaksi: “Awww, sorry“, tetapi anda tidak boleh marah kerana mereka terlepas pandang dan kesal kerana tidak perasan jemputan yang diberikan. Lebih buruk jika ada tetamu yang kejam dan berkata: “Kenapa tak bagitau awal-awal?” Erkkk…

6) “Tengok macam mana”
Ingat lagi bila parents anda cakap “tengok macam mana” kalau anda minta mainan Power Rangers atau Barbie (bagi golongan perempuan)? Anda dah cukup mengerti ia bermaksud tidak.

7) “Mungkin”
Mungkin bermaksud: “Tetamu anda itu tidak rasa anda mampu, secara emosi, untuk mengetahui kebenaran yang dia tidak akan hadir. Jadi, dia akan terus berbohong dan membuat and beranggapan bahawa dia akan turut serta dalam majlis anjuran anda sehingga hari yang sebenar.” Jawapan mungkin lebih mudah daripada berkata jujur, bukan?

8) “Nanti aku bagitau”
Jawapan ini biasanya diberikan oleh tetamu bagi mengelakkan anda bertanyakan lagi tentang jemputan tersebut.

9) “Boleh kot”
Secara logiknya, tetamu anda sedang 50-50 mahu menerima jemputan anda atau tidak.

10) “Siapa lagi pergi?”
Jawapan ini tidak terus bermaksud TIDAK, Tetapi, jika ada tetamu lain yang turut hadir terdiri daripada individu yang rakan anda minati, jawapannya mesti: YA.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

1 Comment

  1. mrhanafi

    19 May 2015 at 12:08 AM

    paling saya risau..insya Allah tetapi dalam hati memang tak nak pergi..dosa tu

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *