Gaya Hidup

10 ‘rahsia’ ketika menaiki pesawat

By  | 

ANDA fikir anda tahu serba-serbi tentang maklumat dalam pesawat? Barangkali tidak! Berikut merupakan 10 perkara yang mungkin tidak diketahui penumpang apabila menaiki sesebuah pesawat.

1) Di awal penerbangan, air masak yang diberikan kepada penumpang ataupun yang digunakan bagi membancuh minuman panas (teh atau kopi) merupakan air mineral sebenar yang disediakan sebelum pesawat berlepas. Bagaimanapun jika anda menaiki penerbangan jauh (lapan jam ke atas misalnya), bekalan air mineral itu mustahil dapat bertahan (melainkan pesawat kosong).

Justeru, air masak yang diberikan kepada anda itu berkemungkinan besar datangnya daripada air paip dalam pesawat. Namun jangan cemas! Air tersebut tidaklah 100 peratus kotor kerana setiap pesawat dilengkapi penapis. Namun jika anda sedikit bimbang dengan tahap kebersihan air tersebut, pesan sahaja jus atau minuman dalam tin.

2) Kru penerbangan (pramugara dan pramugari) lebih selesa jika anda meminta minuman (botol dan tin) secara serentak. Jangan takut atau segan meminta lebih daripada satu minuman. Cara ini akan lebih memudahkan anda bahkan mengelakkan kru yang bertugas dari berulang-alik ke tempat duduk anda.

3) Bantal dan selimut yang anda terima mestilah dibungkus di dalam plastik. Sekiranya anda menerima dua barangan itu tanpa plastik, besar kemungkinan ia telah digunakan penumpang penerbangan sebelum anda. Anda boleh meminta selimut dan bantal baharu tetapi ia bergantung kepada keberadaan barangan tersebut. Kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan lebih diutamakan untuk menerima bantal dan selimut baharu.

Selain itu, untuk pengetahuan anda, kesemua selimut dan bantal yang telah digunakan akan dibasuh dan dipek ke dalam plastik untuk kegunaan semula.

4) Apabila pesawat mendarat dan berhenti sepenuhnya, anda pasti perasan bahawa penumpang tidak dibenarkan turun secara langsung. Hanya selepas pengumuman oleh kapten berbunyi: “Cabin crew disarm doors and crosscheck,” barulah pintu pesawat dibuka. Rasional di sebalik waktu menunggu itu adalah bagi menyeragamkan tekanan udara di dalam dan di luar pesawat. Sekiranya tekanan udara tidak sekata dan pintu dibuka serta-merta, penumpang di dalam pesawat berkemungkinan akan tercampak akibat impak tersebut.

5) Jangan sesekali memesan teh atau kopi panas ketika isyarat tali pinggang keledar dipasangkan. Jika tumpah, kru penerbangan juga anda persalahkan.

2-pesawat rahsia Foto: viralscape

6) Sajian yang anda nikmati di atas pesawat sebenarnya telah disediakan dua hari sebelum jadual penerbangan. Setiap bekas disejukbekukan sehingga waktu penerbangan tiba. Kru akan memanaskan setiap bekas makanan di dalam pesawat sebelum dihidangkan kepada penumpang.

7) Apabila mengecaj semula telefon pintar atau gajet, pastikan anda menggunakan kabel USB yang original. Terdapat kes penumpang yang menggunakan kabel USB tiruan dan mengakibatkan litar pintas kecil.

8) Jangan gatal tangan cuba untuk membuka jaket keselamatan kerana anda boleh didenda kira-kira RM10,796 (AS$3,000).

9) Menempatkan bagasi di dalam ruangan atas bukanlah tanggungjawab kru penerbangan. Justeru jangan berlagak atau mengarah-arahkan kru untuk mengangkat bagasi jika anda mempunyai kudrat untuk melakukannya sendiri. Bantuan hanya akan diutamakan kepada warga emas, wanita dan OKU. Tugas kru adalah sekadar membantu dan menyusun bagasi agar ruangan lebih teratur.

10) Barangkali syarat agar penumpang mematikan telefon pintar atau menukar kepada mod penerbangan sering diabaikan. Tidak sukar pun mematuhi syarat ini kerana ia hanya perlu dilaksanakan ketika pesawat berlepas dan mendarat sahaja (aktifkan mod penerbangan sepanjang penerbangan). Sikap sambil lewa segelintir penumpang boleh menyebabkan gangguan signal pada kokpit pesawat.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

1 Comment

  1. zool

    15 May 2015 at 10:38 PM

    okay, bagus tips ni..
    almaklumlah belum penah naik pesawat lagi

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *