Gaya Hidup

10 perkara yang perlu dielakkan sewaktu berbual dengan si kuat kerja

By  | 

UMUM mengetahui, terdapat sekelompok individu yang gemar menghabiskan masa di pejabat. Selalunya, mereka ini digelar ‘workaholic’ dan sering bercita-cita menyiapkan kerja sebelum pulang ke rumah. Namun, jika anda berhasrat untuk berbual dengan mereka, anda perlu berhati-hati. Mengapa? Pepatung menyenaraikan sebab-sebabnya:

1. “Aku ada baca yang kerja terlalu kuat boleh memudaratkan kesihatan kita.” Setiap perkara boleh memudaratkan kesihatan. Jika kita suka bekerja, kita akan berasa lebih tertekan meninggalkan kerja-kerja yang terbengkalai berbanding pulang tepat pukul lima petang setiap hari.

2. “Kau tak rasa ke yang kau banyak ketinggalan sebab asyik kerja? Seperti apa? Pulang ke rumah dua jam awal semata-mata untuk menonton rancangan realiti murahan?

3. “Tak sangka kau suka kerja kau kan.” Aku rasa sedih sebab kau tak suka kerja kau.

4. “Secara personal, aku lebih rela fokus terhadap kegembiraan hidup aku.” Makna gembira itu sungguh universal. Sesetengah orang berasa puas dengan bekerja kuat. Mungkin anda juga mendapat kepuasan yang sama dengan pergi ke gim, menonton wayang dan tidur sepanjang hari.

5. “Kau takda hobi ke? Ada, cuma pandai membahagikan masa.

6. “Macam mana kau siapkan kerja-kerja lain? Hujung minggu. Dan kadang-kala ketika menjawa telefon, e-mel dan pesanan.

7. “Aku tak jemput kau sebab aku ingat kau busy.” Hanya kerana aku selalu sibuk dengan kerja, tidak bermakna aku tidak boleh luangkan masa untuk kawan-kawan. Sentap!

8. “Macam mana kau nak bina keluarga? Sampai masanya, kami akan berkeluarga.

9. “Ambiklah cuti sehari dua. Kalau kami bercuti, kerja yang tertangguh itu akan menjadi berganda.

10. “Releks.” Memang kami sedang bertenang. Kerja tidak akan menyebabkan kita tertekan jika kita menyukainya.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *