10 perkara kecil yang membuatkan si jejaka jatuh cinta pada anda berkali-kali

0
22

LELAKI merupakan golongan yang menyimpan banyak misteri. Apa yang akan terjadi jika anda memberi teman lelaki anda sepucuk surat cinta dan sejambak bunga? Tiada siapa tahu (Tapi, kepada kaum lelaki yang membawa artikel ini, sila belikan kekasih anda bunga ya kerana wanita tidak semisteri lelaki. Wanita sangat terperinci, seperti arahan memasang perabut dari Ikea).

Jika anda tertanya-tanya, apakah perkara yang boleh membuatkan golongan lelaki jatuh cinta pada anda, menerusi perkara-perkara kecil, mari ikuti senarai yang disediakan oleh Pepatung:

1) Isikan peti sejuk dengan makanan dan minuman kegemarannya. Jangan terlalu pentingkan diri dengan meletakkan menu diet anda sahaja.

2) E-mel si dia pautan rancangan kegemarannya. Dia mungkin terlupa dan tidak mempunyai lebihan masa untuk menonton kerana sibuk dipejabat.

3) Ceritakan perkara yang baik-baik tentangnya pada rakan, keluarga dan rakan-rakan di pejabat anda.

4) Benarkan si dia membantu anda menyelesaikan sesuatu perkara. Walaupun ia sesuatu yang mudah.

5) Ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak, tunjukkan minat dengan memberi pandangan terhadap mata yang didapati oleh setiap pasukan.

6) Kejutkan si dia dengan kejutan yang tidak terjangka. Seperti membeli sehelai pijama untuk dikenakan sewaktu tidur.

7) Layan rakan-rakannya seperti anda melayani rakan baik anda. Senyum dengan sopan, ketawa apabila mereka berjenaka.

8) Duduk di sebelahlah secara senyap sewaktu si dia sedang ralit menonton televisyen. Atau sedang bermain PS4.

9) Angkat kakinya dan urut secara spontan.

10) Buat lawak bodoh dengan menunjukkan gambar lamanya ketika anda baru mengenali si dia. Jika si dia tidak ketawa terbahak-bahak, mungkin dia akan tersenyum lalu memeluk anda dengan erat.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini