Gaya Hidup

10 kategori pengguna Instagram

By  | 

INSTAGRAM merupakan aplikasi media sosial yang direka bagi penggunanya berkongsi gambar-gambar menarik. Memiliki akaun Instagram dan memuat naik foto terbaharu dan mengikuti perkembangan pengguna lain bagaikan kemestian harian.

Sekiranya diamati, Instagram berjaya memperlihatkan karakter seseorang berdasarkan genre perkongsian gambar, siapa pengikut (follower) dan yang diikutinya (following) serta jenis komen yang ditinggalkan.

Berikut merupakan pecahan pengguna Instagram yang sememangnya popular di laman sosial tersebut.

1) Visit My IG

image14
Sudah tentunya pengguna Instagram dengan bilangan pengikut yang ramai seperti artis sering menjadi sasaran individu sebegini. Kebiasaannya komen visit my IG adalah satu bentuk strategi pemasaran bagi mereka yang menjalankan perniagaan dalam talian. Ia pernah popular tetapi sekarang hampir pupus! Lega bukan?

2) Pengiklan tegar

2-insta-1
Tamat musim komen visit my IG, muncul pula golongan pengiklan yang tidak faham bahasa. Jika komen yang ditinggalkan pendek, ringkas dan kreatif, ia masih boleh diterima. Namun majoritinya memilih pendekatan menjengkelkan dengan komen panjang lebar seperti: “barangan bayi bla bla bla pada harga murah bla bla….” Kita faham anda berniaga tetapi jangan sampai orang menyampah sehingga akhirnya menjejaskan perniagaan itu sendiri. Tak pasal-pasal kena block. Kesian bukan?

3) Nice

3-insta
Barangkali robot yang meninggalkan komen sebegini. Ia juga adalah komen yang kebiasaannya ditinggalkan pengguna akaun berbentuk perniagaan. Namun ketololan segelintir daripadanya meninggalkan komen bertulis nice pada foto yang tidak sesuai menimbulkan kemarahan orang. Bayangkan foto orang kemalangan atau sedang menghadiri pengebumian seseorang, tiba-tiba ada komen nice? Mengundang untuk dimaki bukan?

4) Kaki selfie

4-insta
Mungkin pengguna paling ramai di Instagram. Kita faham, anda cantik dan kacak (atau tidak), tetapi tidak perlulah memuat naik foto selfie selang beberapa jam. Gambar wajah dengan bibir muncung dengan tanggapan ia adalah gaya paling comel anda itulah sebenarnya membuatkan orang meluat. Benar anda bebas memuat naik apapun gambar (selagi tidak melanggar syarat Instagram) tetapi anda perlu ingat satu perkara, selfie dengan kerap bersamaan dengan tatktik ‘menjual diri’. Betul bukan?

5) Abang sado

5-insta
Maaf ya abang-abang yang rajin ke gimnasium demi mendapatkan tubuh tegap bagaikan seorang ahli bina badan profesional. Tiada niat untuk memerli tetapi inilah realitinya. Kalau perempuan memuat naik foto berskirt mini atau berbikini, terus dikecam tidak bermaruah ataupun murahan. Namun jika golongan lelaki bertubuh tegap memuat naik gambar shirtless berseluar dalam ataupun bertuala mandi, ramai yang berat sebelah. Kononnya ia budaya sihat bagi menggalakkan lebih ramai lelaki menjalani gaya hidup sihat.

Tidak semua lelaki bertubuh tegap berkongsi foto seksi, tetapi bagi yang rajin memuat naik gambar-gambar badan six pack mereka, tahukah anda bahawa sebenarnya anda ialah seorang lelaki narsisistik. Barangkali seorang spornoseksual?

6) Foodporn

6-insta
Kapsyen om nom nom sangat popular dalam gambar makanan. Individu yang gemar berkongsi gambar makanan di Instagram juga sebenarnya ‘sakit’. Sekali-sekala tidak mengapa. Namun kalau setiap kali keluar makan, semua orang perlu menunggu anda mengambil gambar dengan darjah kesenian tertinggi, tidakkah ia merimaskan orang lain yang sedang kelaparan? Foto makanan dengan sebelah tangan memegang sudu atau garfu antara teknik popular lengkap dengan hashtag #foodporn #foodgasm! Terasa bukan?

7) Penulis cerpen

7-insta
Individu yang sering menulis kapsyen panjang lebar dalam setiap gambarnya. Hari ini, dia bercerita tentang pengalaman membayar saman dengan gambar memegang surat saman. Keesokan harinya pula dia bercerita tentang teman lelakinya yang terlewat menjemputnya pulang dari pejabat. Setiap hal yang terjadi dikongsikan dalam bentuk ‘cerpen’ di Instagram. Seronok kita membacanya tetapi ia adalah satu kebiasaan tidak sihat kerana anda sebenarnya mendedahkan kisah peribadi kepada umum. Kelak orang akan menggunakan bukti-bukti sebegitu bagi menjatuhkan anda. Hilang privasi bukan?

8) Abstrak

8-insta
Foto yang dimuat naik adalah langit yang membiru, kapsyen pula bertulis:’selirat!’ Individu kelompok ini disifatkan lebih artistik dan berjiwa besar. Para pengikut mereka juga terdiri daripada golongan so called hipster y’all! Perkongsiannya samar-samar dan mereka mahu orang berfikir maksud tersirat di sebalik foto dan kapsyen yang dikongsikan. Hashtag popular: #dakdakdeep #dakdakart. Misteri bukan?

9) Throwback

9-insta
Setiap hari muat naik foto ‘campak belakang’! Kadang-kadang terfikir, tidak ada kehidupan baharukah mereka yang rajin berkongsi gambar-gambar lama? Bercuti ke Krabi bulan Ogos 2012, tetapi setiap hari ada sahaja gambar baharu daripada percutian tersebut. Mungkin ketika bercuti dia sudah merancang siap-siap mengambil ribuan gambar berbeza untuk dikongsikan setiap hari selama tiga tahun. Move on, jangan terlalu hidup di masa lalu, banyak lagi kemanisan hidup di hadapan. Hashtag popular: #tbt. Nostalgia bukan?

10) Fesyenista

10-INSTA
Instagram si kaki melaram penuh dengan gambar mereka posing dalam pakaian paling hebat! Kapsyen seperti: “Today I’m wearing Dior.” dan “Less is more.” adalah kata ‘keramat’ mereka. Everything is about art honey, justeru latar belakang gambar juga mesti dinding putih yang polos ataupun dinding bersimen tanpa cat berkonsep industri, barulah terserlah jiwa seninya. Hashtag popular: #OOTD. Cantik bukan?

Kredit foto: Instagram

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *