Gaya Hidup

10 item yang tidak boleh ditinggalkan dalam kenderaan

By  | 

IKLIM Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun sememangnya satu rahmat kepada kita. Bagaimanapun disebabkan cuaca yang panas, kita sebenarnya perlu berhati-hati apabila meninggalkan barangan di dalam kenderaan. Berikut Pepatung senaraikan 10 item yang tidak boleh ditinggalkan di dalam kenderaan bagi menjamin keselamatan anda dan kenderaan.

1) Ubat-ubatan

Pill bottles on shelf Foto: virallysuppressed

Apa sahaja jenis ubat terutama pil-pil yang diperoleh daripada doktor tidak boleh disimpan di dalam kenderaan. Apabila cuaca panas, suhu dalam kenderaan juga meningkat sekali gus mengubah struktur molekul dalam ubat-ubatan. Akibatnya, keberkesanan ubat tersebut akan berkurangan.

2) Botol air plastik

3-item kenderaan Foto: triumbari

Plastik diperbuat daripada bahan sampingan petroleum! Para penyelidik Jerman juga menemukan bahan digelar ‘pengganggu endokrin‘ di dalam botol polietilena terephtalate (PET). Bahan tersebut berpotensi untuk menggugat estrogen dan hormon pembiakan lain di dalam tubuh manusia. Justeru apabila ia terdedah kepada cuaca panas (berbanding disimpan di persekitaran bersuhu bilik), bahan berbahaya dalam botol plastik akan terlerai dan meresap ke dalam air.

3) Kaca mata

4-item kenderaan Foto: handyideas

Anda terkejut bukan? Selama ini kita memang menyimpan kaca mata khususnya cermin mata hitam di dalam kenderaan bagi memudahkan penggunaannya di siang hari. Namun adakah anda perasan hanya selepas beberapa penggunaan, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata anda mengalami perubahan bentuk? Suhu panas di dalam kenderaan akan melembutkan apa sahaja bingkai yang diperbuat sama ada daripada plastik, asetat atau nilon. Akibatnya kaca mata anda akan longgar apabila dipakai.

4) Penyembur rambut

5-item kenderaan Foto: ichemepresident

Bukan penyembur rambut sahaja, malah apa jua barangan mudah terbakar jangan sesekali ditinggalkan dalam kenderaan. Anda sendiri tahu kesannya bukan? Ia akan meletup dan merisikokan keselamatan kenderaan.

5) Telefon pintar

6-item kenderaan Foto: aliexpress

Peralatan elektronik seperti telefon pintar, pemain MP3, iPad dan semua daripada kelompoknya juga tidak boleh ditinggalkan dalam kenderaan. Suhu panas yang terkumpul di dalam kenderaan akan merosakkan fungsi gajet elektronik anda terutamanya bateri. Maka usah bising kalau jangka hayat bateri anda semakin pendek sekiranya anda tergolong dalam individu yang kerap meninggalkan telefon pintar di dalam kenderaan.

6) Pemetik api

7-item kenderaan Foto: ontheroadwithdave

Ketika cuaca panas, pemetik api yang ditinggalkan dalam kenderaan boleh mengundang bahaya. Biarpun kecil, ia boleh meletup akibat tekanan ekoran peningkatan suhu di dalam kenderaan. Akibatnya, cermin kenderaan anda mungkin merekah atau meninggalkan lubang pada kerusi.

7) Minyak wangi

8-item kenderaan Foto: lovesunsetblonde

Janganlah tinggalkan minyak wangi di dalam kenderaan. Apa guna anda membeli haruman berjenama pada harga yang mahal jika akhirnya bauannya berubah? Suhu panas dalam kenderaan akan menyejat bauan daripada minyak wangi. Maka minyak wangi pun bertukar menjadi minyak tanpa haruman.

8) CD dan DVD

9-item kenderaan Foto: sew-i-do

Cakera padat (CD) atau cakera video digital (DVD) bukanlah barangan asing di dalam kenderaan. Kebiasaannya kita akan menyimpan CD lagu kegemaran di dalam kompartmen yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang depan. Namun tahukah anda jika disimpan terlalu lama di dalam kenderaan dan terdedah kepada cuaca panas, ia akan meleding (melengkung)? Maka terpaksalah anda membeli CD baharu bagi menggantikan CD yang rosak.

9) Lipstik

10-item kenderaan Foto: uthzine

Wanita memang gemar meninggalkan alat solek di dalam kenderaan terutamanya lipstik. Kebiasaan itu mesti dikikis kerana lipstik mudah mencair apabila terdedah kepada cuaca panas.

10) Surat dan dokumen beralamat

11-item kenderaan Foto: neatology

Apa sahaja surat atau dokumen (bil elektrik atau air) sering ditinggalkan di dalam kenderaan. Anda perlu berwaspada kerana kesilapan kecil ini boleh mengundang padah. Surat dan dokumen lengkap beralamat serta mempunyai maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan mesti dielakkan daripada disimpan di dalam kenderaan. Sekiranya kenderaan anda dipecahkan atau dilarikan pencuri, maklumat penting tersebut berkemungkinan besar untuk disalah guna.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *