10 cara dekorasi mudah untuk memperbaharui suasana rumah

0
110

RUMAH merupakan syurga buat kita. Di situlah tempat kita berehat, tidur dan berlindung daripada hujan dan panas. Ramai antara kita yang sanggup berbelanja lebih supaya rumah tampak mewah dan cantik.

Namun bagaimana untuk mereka yang berpendapatan rendah? Adakah mereka tidak layak untuk mendapatkan rumah dan dekorasi yang menawan?

Di bawah ini merupakan 10 langkah yang boleh anda ikuti bagi menjadikan kediaman kelihatan lebih cantik, kemas dan menarik.

1. Gunakan pewangi moden

Anda boleh membangkitkan suasana persis pusat rawatan spa. Bauan-bauan ini pasti membangkitkan mood yang lebih segar, malah ia juga dapat mengurangkan tekanan yang sedang anda hadapi.

2. Gunakan warna putih sebagai warna tema

Anda boleh menggunakan warna putih untuk mengecat dinding serta menjadikan ia sebagai warna cadar. Bagi warna sarung bantal, anda boleh tunjangkan ia dengan penggunaan warna terang agar ia tampak kontra.

3. Hiaskan lampu-lampu di dinding

Menggunakan lampu hiasan LED pasti akan mencuri perhatian. Malah ia tampak seperti berada di kayangan jika anda sedang berehat di bilik sambil dilimpahi cahaya lampu bak kilauan bintang.

4. Perbanyakkan peggunaan cermin

Tahukah anda, Shah Jahan membina Taj Mahal dengan meletakkan banyak cermin di sana? Tujuannya adalah untuk membangkitkan tindakan reflek, lantas menjadikan ruangan tersebut tampak lebih luas dan terang akibat pantulan cahaya. Anda juga boleh menjadikan ia sebagai inspirasi.

5. Menggunakan bahan bacaan lama

Buku-buku lama jangan dibuang begitu sahaja. Anda boleh menggunakan buku-buku berjilid tebal sebagai meja kecil di tepi katil. Untuk sentuhan terakhir, anda boleh meletak lampu tidur dan juga beberapa keping foto kenangan. Indah bukan?

6. Alas meja

Transformasikan meja makan anda dengan penggunaan alas meja klasik. Di samping itu menggunakan set pinggan mangkuk berwarna putih atau warna-warna lembut juga dapat membangkitkan suasana ruangan makan tampak seperti berada di desa Perancis.

7. Meletak pokok-pokok hiasan

Meletak pokok-pokok di beberapa sudut akan membangkitkan kenyamanan serta mampu menghalau sesetengah serangga. Malah, mood tropika rumah akan membuatkan anda ibarat sedang bercuti di pulau.

8. Kusyen duduk pengganti sofa

Untuk mereka yang memiliki ruang tamu yang kecil, maka bolehlah menggunakan kusyen duduk sebagai pengganti sofa. Malah anda dapat menjimatkan duit bagi membeli perabot atau sofa bersaiz besar.

9. Menggunakan kerusi berwarna kontra

Untuk tujuan pemfokusan ruang, anda boleh meletakkan kerusi berwarna terang bagi membangkitkan suasana ruangan agar tampak lebih jelas dan jitu.

10. Perabot dwifungsi

Penggunaan katil yang boleh ditukar menjadi sofa juga dapat menjimatkan wang serta mampu menyuntik elemen hipster yang sangat sesuai untuk golongan millenial. Ukiran kepala katil juga memainkan peranan penting agar ia tampak mewah dan unik.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini