Tujuh kegunaan pisang hampir busuk

1
161

MEMANG selalu rasanya anda mengalami situasi seperti ini. Membeli sesikat pisang di pasar raya dan dalam tempoh beberapa hari, kulitnya mula menampakkan tompok-tompok hitam. Ia merupakan perubahan normal pisang daripada tempoh masak (berwarna kuning) kepada terlebih masak (overripe) sehingga ia menjadi lembik.

1-pisang

Jangan pula anda terus mencampakkan pisang-pisang ini terus ke dalam tong sampah. Masih ada fungsi dan faedahnya dalam menyediakan pelbagai hidangan menyelerakan. Justeru, pada hujung minggu ini, jika ada pisang terlebih masak di rumah anda, apa kata cuba sediakan salah satu daripada tujuh sajian mudah ini.

1) Ais krim pisang

2-pisang

Tak perlu keluarkan duit beli ais krim di kedai. Anda boleh hasilkan sendiri ais krim menggunakan pisang terlebih masak. Pisang ini juga boleh dipotong nipis dan dicampurkan bersama ais krim yang telah anda beli. Namun bagi mereka yang teringin mencuba menyediakan ais krim pisang, bolehlah mengikuti langkah-langkah ini.

2) Puding roti pisang

3-pisang

Bosan asyik menikmati puding roti bersama sos karamel begitu sahaja? Mungkin anda boleh memperbaharui resipi puding roti anda dengan menambahkan pisang sebagai antara bahan utama. Cuba ikuti resipi ini.

3) Smoothie mentega kacang pisang

4-pisang

Terdapat banyak resipi bagi minuman ini tetapi bagi mereka yang dalam disiplin diet, anda boleh mengikuti cara mudah ini. Jadi siapa kata waktu diet tidak boleh menikmati sajian enak? Malah kalorinya cuma sebanyak 300 dan pasti menjadi sarapan terbaik.

4) Kek pisang

5-pisang

Mudah untuk disediakan sama ada dibakar atau dikukus, ikut pilihan anda. Kek pisang juga sajian ringkas dan digemari majoriti orang. Hidangkanlah kepada kawan-kawan yang datang melepak di rumah anda. Penyediaannya boleh dirujuk di sini.

5) Kek keju pisang tanpa bakar

6-pisang

Anda yang duduk di rumah bujang tanpa kelengkapan ketuhar, tetapi teringin menikmati pencuci mulut ini, bolehlah mengikuti panduannya di sini.

6) Penkek pisang

7-pisang

Mulakan pagi anda dengan menyediakan penkek pisang ini. Asyik makan roti canai atau nasi lemak pun boleh bosan. Sesekali teringin juga menukar selera dan hidangan ini tidak akan mengecewakan.

7) Cekodok pisang

8-pisang

Apa susah? Sediakan sahaja cekodok pisang. Barulah Malaysian!

 

Kredit foto: better home and gardens/caribbeanpot/prevention/maysquared/taste/kitchentreaty/dkna/wisegeek

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini