Tiga tempat makan yang hebat di Kuala Lumpur

0
26

JIKA anda gemar bersosial dan suka makan di luar, apa kata anda mencuba tiga tempat makan yang popular dalam kalangan warga ibu kota, Kuala Lumpur berikut:

1) Marini

FOTO/PINTEREST

Terletak di tengah ibu kota, momen-momen terindah ketika menjamu selera pasti manis untuk diabadikan di sini. Mempunyai tiga pilihan ruangan bagi membangkitkan mood yang berbeza.

Menikmati sajian istimewa semestinya lebih memukau dengan ruangan siling atas diperbuat daripada kaca, memberikan pemandangan Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas secara jelas.

Restoran berkonsep fine dining ini diasaskan oleh Cavalieve Modesto Marini yang berkelulusan dari utara Itali pasa awal tahun 1980-an. Menunya berasaskan makanan Itali.

2) Alexis

FOTO/CONNOISEUR BLOGGER

Bagi penggemar kek dan pavlova, anda boleh berkunjung ke Alexis, jalan Telawi Bangsar atau Great Eastern Mall, Jalan Ampang.

Berkonsepkan restoran dan bistro, anda boleh menikmati sajian dan minuman premium sambil menyaksikan persembahan muzik.

Uniknya, makanan Asia turut disediakan seperti mee siam, bihun daging Vietnam dan pelbagai lagi.

Antara artis yang sering membuat persembahan ialah Adibah Noor (Malaysia), Adil Johan (Malaysia), Art Khu (US) dan Billy Cobham (US).

3) Tamarind Hill

FOTO/TAMARIND RESTAURANT

Restoran ikonik di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini menyajikan sajian-sajian Thailand dan Myanmar.

Tamarind Hill turut menyediakan ruangan untuk majlis perkahwinan atau majlis tertutup.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini