SEPANJANG bulan Ramadan, pastinya selera kita terhadap makanan akan bertambah, terutama pada makanan manis dan bergula. Benar, makanan tinggi kandungan gula tidak bagus untuk kesihatan.

Namun, apa salahnya jika mahu bertukar selera dan berbuka puasa dengan hidangan manis seperti kek!

Jom kita semak senarai kedai-kedai kek terkemuka (dan of course popular) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang mungkin akan membuatkan kita bersetuju dengan pepatah: “Life is short, eat dessert first!

1) Souka Bakeshop

JIKA anda mencari kedai kek yang menawarkan variasi kek yang diberi sentuhan moden, Souka Bakeshop mungkin pilihan tepat. Antara kek kesukaan ramai yang seringkali habis apabila dijual adalah Salted Caramel Chocolate Cake dan Death By Nutella. Selain itu, Souka Bakeshop turut menyajikan beberapa fan favourites seperti Snickers Chocolate Cake, Red Velvet Cake dan Chocolate Brownie. Jika anda bernasib baik, kek-kek popular ini turut dijual dalam bentuk kek cawan! Selain kek, Bisou Bakeshop turut menawarkan hidangan panas seperti hidangan sarapan pagi, pasta dan sandwich.

Instagram: @soukabakeshop
Alamat: 53 Jalan SS15/5A, Subang Jaya (Kedai utama) / 15 Lorong Rahim Kajai 13, TTDI (Mukha Cafe, hanya menjual kek sahaja)

2) Cake Jalan Tiung

SELAIN menyajikan kek-kek klasik, kedai yang cukup popular dalam kalangan penduduk di Kuala Lumpur ini turut menghidangkan kek unik dengan nama Persian Princess, Ed Sheeran dan Samseng Kampung Padan. Peminat siri kartun Powerpuff Girls pastinya tersenyum gembira kerana anda turut boleh menikmati kek Mojo Jojo Coffee Cheesecake di sini! Istimewa bulan Ramadan, Cake Jalan Tiung menjanjikan sensasi rasa menarik menerusi Rosie Huntington Sirap Bandung & Rose Cake. Dalam masa sama, Cake Jalan Tiung menawarkan menu berbeza setiap minggu. Periksa tanda pagar #cjtweeklymenu untuk mengetahui menu-menu kek terkini yang disediakan mereka.

Instagram: @cakejalantiung
Alamat: Jalan Tengku Ampuan Zabedah J9/J, Seksyen 9, Shah Alam (Sepanjang Ramadan di 31M Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J Seksyen 9 – Selasa hingga Ahad 8-11PM)

3) Jaslyn Cakes

A post shared by Jaslyn Cakes (@jaslyncakes) on

TERLETAK di tengah-tengah Bangsar, Kuala Lumpur, Jaslyn Cakes merupakan kedai pemanis mulut yang mempunyai pengikut setia tersendiri. Selain menu kek menarik dan dekorasi kedai yang sangat cosy, Jaslyn Cakes turut menawarkan jus segar, teh organik dan pastri. Apa yang istimewa di sini? Cheese Cake dan Carrot Cake. Oh ya, jika anda penggemar biskut bersaiz besar, Jaslyn Cakes ada menawarkan pelbagai variasi termasuklah yang popular, perisa cip coklat.

Instagram: @jaslyncakes
Alamat: 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

4) The Hyacinth Cafe @ Saville Melawati

APA itu Hyacinth? Hyacinth merupakan sejenis bunga yang pada kebiasaannya tumbuh dengan warna merah gelap dan ungu. Setanding dengan namanya, The Hyacinth Cafe @ Saville Melawati menawarkan ruang makan yang sangat cantik dan selesa. Sekali pandang, seperti sebuah kafe yang boleh didapati di Sweden. Jika anda teringinkan sesuatu yang penuh rasa coklat, Devils Food Chocolate Cake mungkin boleh dijadikan pilihan utama. Selain itu, untuk mereka yang inginkan rasa tempatan, mungkin anda boleh mencuba Pandan Onde Onde Cake.

Instagram: @thehyacinthcafe
Alamat: G-3A, Saville at Melawati, 2 Jalan Kolam Air, Taman Desa Melawati, Kuala Lumpur

5) Bisou Bakeshop

ANDA sukakan kek yang dihidangkan dalam cawan? Menurut Pepatung, Bisou Bakeshop menawarkan pelbagai jenis kek cawan yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi sedap rasanya! Antara menu kek cawan yang paling digemari kami termasuklah Red Velvet, Smores, Chocolate Dementia dan Chocolate Hazelnut. Selain itu, Bisou Bakeshop turut menawarkan kek potong dan biskut.

Web: www.bisou.com.my
Instagram: @bisoubakeshop
Alamat: Bangsar Village, F30, Tingkat 1, Bangsar Village 1, Jalan Telawi Satu, Kuala Lumpur / Bisou KLCC, Lot OS305, Tingkat 3, Suria KLCC / 1 Utama, FK6, Tingkat 1, One Utama Shopping Centre No 1, Lebuh Bandar Utama / Lot 10, Kuala Lumpur

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini