Sarapan gaya Malaysia di KFC

0
42

MULAKAN pagi anda dengan menu terbaharu daripada KFC. Pengenalan set hidangan Classic Rice pasti memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang gemarkan rasa pedas setiap kali menikmati nasi lemak, roti canai atau dim sum ala Kantonis.

Di bawah hidangan tersebut, anda dapat merasai keenakan nasi Colonel bersama ayam goreng Original Recipe, telur mata kerbau dan sambal pedas. Set itu juga boleh didapati dengan hidangan dua ketul ayam bagi mereka yang berselera besar.

Memahami kesuntukan masa orang ramai yang bersegera ke pejabat, KFC turut menawarkan pilihan sarapan ringkas dan pantas. Hidangan ‘Grab N Go’ itu terdiri daripada Egg Riser, Zinger Riser dan Twister Lite. Tidak ketinggalan, menu sarapan paling popular di KFC iaitu bubur Zinger.

2-kfc breakfast
SAJIAN sarapan KFC, dari kiri (atas ke bawah): Set nasi classic (seketul ayam), set nasi classic (dua ketul ayam), zinger riser, twister lite, egg riser dan bubur zinger.

Sajian sarapan KFC itu boleh boleh didapati pada harga serendah RM4. Pelanggan juga boleh menikmati kopi percuma dengan setiap pembelian hidangan pada hari biasa (Isnin hingga Jumaat).

Anda boleh menikmati kesemua sajian sarapan tersebut di 247 restoran KFC di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web KFC.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini