Sajian signatur baharu Magnum Kuala Lumpur

0
17

KAFE Magnum pertama di dunia dengan dua bar infiniti, Magnum Kuala Lumpur baru-baru ini memperkenalkan sajian signatur terkininya. Selain pemanis mulut eksklusif yang menjadi simbolik gastronominya, beberapa menu yang diperbaharui turut menampilkan variasi hidangan berat menyelerakan.

1) Oxtail soup with sushi rice (sup ekor bersama nasi sushi)

Magnum Oxtail Soup with Sushi Rice
Menu: Sup daging lembu segar dan pedas ini disajikan bersama sayuran, nasi shallot (bawang merah) dan keropok ikan
Harga: RM35 (hidangan untuk seorang)

2) Chicken toasties

Magnum Chicken Toasties with Chunky Tomato Dip
Menu: Sapuan (spread) ayam cincang yang digoreng sempurna pada roti bakar dan didatangkan bersama sos (dip) tomato pekat
Harga: RM20 (hidangan untuk dikongsi)

Magnum PastaPasta rendang ayam, aglio olio udang dan pasta carbonara.

3) Chicken rendang pasta (pasta rendang ayam)
Menu: Rendang ayam kegemaran Malaysia yang disatukan bersama pasta
Harga: RM36 (hidangan untuk dikongsi)

4) Aglio olio with shrimps (aglio olio bersama udang)
Menu: Dimasak bersama bawang putih, cili padi dan minyak zaitun
Harga: RM40 (hidangan untuk dikongsi)

5) Carbonara pasta
Menu: Disediakan bersama cendawan butang, kepingan daging lembu dan sos keju berkrim
Harga: RM46 (hidangan untuk dikongsi)

6) Death by Chocolate

Magnum Death By Chocolate
Menu: Dibakar agar coklat panas mencair di atas kek lava dan dihidangkan berserta ais krim brownie coklat serta bebola (pearl) coklat rangup
Harga: RM32 (hidangan untuk dikongsi)

Info Magnum Kuala Lumpur:
Lokasi: T-023, 052 & 053, Aras 3, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (setiap hari)
Telefon: 03-4065 0830 atau 03-4065 0839 (untuk tempahan atau pertanyaan)
Instagram: @magnum_my

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini