Nikmat sajian lada hitam di Kenny Rogers Roasters

0
22

KEMERIAHAN Tahun Baru Cina kian dirasai. Bersempena kehadiran perayaan tersebut, pakar pemanggangan ayam, Kenny Rogers Roasters (KRR) tampil memperkenalkan empat seleksi menu baharu bagi memenuhi selera masyarakat tempatan. Hidangan bertemakan Kenny’s Cherish Meal itu menjadikan lada hitam sebagai asas perisanya, cita rasa yang sememangnya digemari majoriti rakyat Malaysia.

1) Golden Treasure Platter: Menampilkan grilled black pepper chicken chop (ayam panggang lada hitam) yang disajikan bersama spicy golden rice (nasi berempah). Dimasak sempurna dan didatangkan dengan dua menu sampingan berupa coleslaw dan chunky vegetables (sayur campur yang dipotong).

1-krr cherish

Harga: RM18.90*

2) Soupreme Treasure Platter: Hidangan tepat bagi penggemar sup. Anda juga akan memperoleh grilled black pepper chicken chop dan spicy golden rice. Bagaimanapun menu sampingannya diubah kepada sup signatur KRR iaitu mushroom chicken soup (sup ayam cendawan).

2-krr cherish

Harga: RM15.90*

3) Souperior Rice Casserole: Terdiri daripada spicy golden rice yang dihidangkan bersama paha ayam panggang lada hitam. Ia turut disediakan dengan semangkuk sup cendawan ayam.

3-krr cherish

Harga: RM12.90*

4) Souperior Spaghetti Casserole: Potongan black pepper chicken chop disatukan di dalam sepinggan spageti marinara serta didatangkan bersama sup cendawan ayam.

4-krr cherish

Harga: RM12.90*

Sebagai pelengkap kunjungan makan-makan anda di KRR sepanjang tempoh perayaan ini, jangan lupa untuk memesan mufin chocorange (campuran coklat dan buah oren). Pemanis mulut baharu ini pasti menepati selera timur anda dan ia boleh didapati pada harga RM2.50*.

5-krr cherish

Selain hidangan edisi terhad tersebut, KRR turut memperkenalkan KRR Card. Fungsinya sama seperti kad tambah nilai dan pelanggan boleh mendapatkannya pada nilai serendah RM20. Ia boleh digunakan bagi membeli hidangan dan cenderahati di seluruh cawangan KRR di Malaysia. Kad tersebut juga membolehkan pelanggan mengumpul dan menebus mata ganjaran termasuk pembayaran tanpa tunai, ganjaran bonus ekstra, tawaran eksklusif serta hadiah sempena hari jadi.

6-krr cherish

Untuk keterangan lanjut, kunjungi mana-mana cawangan KRR atau hubungi 03-2119 9888. Anda juga boleh melayari laman web KRR atau Facebook KRR.

*Harga berbeza di cawangan Genting Highlands, KLIA2, Little Red Cube dan Langkawi Jetty Point.

KONGSI
Artikel sebelumnyaKembara ideal 2015 ke tujuh destinasi dunia
Artikel seterusnyaFriday Night Comedy di Talent Lounge

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini