Menu Teriyaki Kenny Rogers ROASTERS kembali

0
49

TIADA apa yang lebih istimewa selain meraikan malam Krismas atau tahun baru anda di restoran Kenny Rogers ROASTERS (KRR). Cipta momen bahagia anda sempena musim perayaan penghujung tahun ini bersama sajian Teriyaki KRR.

Cita rasa teriyaki dulu pernah membuat kemunculan di restoran yang terkenal sebagai pakar pemanggangan (rotisserie-roasted) ayam itu. Kini ia kembali di bawah seleksi Terrific Teriyaki Treats, pilihan enak yang dihasilkan mengikut selera orang Asia.

5-krr

T-Wrapped Chicken antara sajian menggiurkan daripada menu ini. Seluruh bahagian kaki ayam diperap menggunakan sos teriyaki istimewa bersama herba-herba dan rempah-ratus bersesuaian. Hidangan ini didatangkan bersama nasi aromatik, semangkuk sup ayam cendawan dan mufin signatur yang ditawarkan dalam pelbagai perisa. Set sajian ini boleh didapati pada harga serendah RM18.50*.

Bukan itu sahaja. Terdapat banyak menu menarik untuk anda pilih. Bagi penggemar nasi, T-Chic Rice pasti menepati selera anda. Ia menghimpunkan hirisan dada ayam teriyaki gril yang dihidangkan bersama nasi aromatik dan sup ayam cendawan.

T-Chick Steak pula disajikan dengan dada ayam gril bersama tiga hidangan sampingan yang disediakan khusus untuk mereka yang sedang menjalani diet protein. Namun jika mahu seleksi lebih ‘ringan’, anda bolehlah memilih dua hidangan sampingan sahaja.

Ambil berat soal kesihatan? Jangan risau kerana anda boleh meneruskan disiplin itu dengan memesan T-Chic Salad yang terdiri daripada hirisan stik teriyaki bersama salad dan sup ayam cendawan. Kesemua sajian ini dijual pada harga RM12.90 ke atas*.

8-krr

Tidak ketinggalan, kepulangan KRR Take It Home Feast yang membolehkan anda meraikan musim perayaan dan sambutan tahun baru bersama keluarga dan sahabat pada bila-bila masa.

Sekiranya anda membeli set ini, anda akan menerima enam menu ala carte yang terdiri daripada T-Wrapped Chicken, Kenny’s Teriyaki Chicken, dua mangkuk nasi aromatik, kentang lenyek berserta kuahnya, satu mangkuk untuk setiap Spicy Asian Salad and BBQ Baked Beans serta Kenny’s Festive Muffin. Hidangan ‘besar’ ini boleh didapati pada harga RM155* dan sesuai untuk dinikmati sehingga enam orang.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kenny’s Terrific Teriyaki Treats atau Take It Home Feast, kunjungi mana-mana restoran KRR atau hubungi talian 03-2119 9888. Anda juga boleh melayari laman web KRR atau Facebook KRR Malaysia.

*Harga berbeza di KRR Genting Highlands, KLIA2, Little Red Cube dan Langkawi Jetty Point.

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini