Gastronomi

McDonald’s Singapura perkenal Burger Nasi Lemak & McFlurry Cendol

By  | 

BERSEMPENA dengan hari Kebangsaan Singapura yang bakal disambut pada 9 Ogos nanti, rantaian restoran makanan segera, McDonald’s (cawangan Singapura) memperkenalkan menu inspirasi sajian tempatan rakyat republik tersebut.

Hidangan utama yang mencuri perhatian adalah Burger Nasi Lemak lengkap dengan pencuci mulut berasaskan cendol dan kelapa.

FOTO / ALVINOLOGY

Burger Nasi Lemak mengandungi kepingan ayam berperisa kelapa, telur mata, hirisan bawang, potongan timun dan disempurna dengan sambal serta diapit dua keping roti semolina.

Chendol (cendol) McFlurry pula disediakan bersama sirap gula Melaka dan ais krim berperisa vanila. Pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati pai kelapa bersama nata de coco.

Tidak ketinggalan, tiga jenis ais krim berperisa gula Melaka, cendol Melaka twist dan cendol gula Melaka bersalut coklat.

FOTO / CHANNEL NEW ASIA

Malah, kuih tradisional turut ditawarkan seperti kuih salat (seri muka) dan kek berperisa pandan berserta pulut. Minuman ringan pula didatangkan dalam variasi Bandung McFizz dan Pandan Coco Frappe.

Menu istimewa itu telah mula dijual di semua cawangan McDonald’s Singapura sejak 13 Julai lalu untuk tempoh terhad. Pengenalan menu tersebut juga adalah sempena Festival Makanan Singapura 2017.

 

Sumber : Channel News Asia

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *