Magnum Kuala Lumpur: Kafe romantis menyemai bahagia

0
52

KALAU ada hubung kait antara ais krim dan manusia, nilai terhampir pastinya sentimental kasih pasangan yang sedang hangat berkasih sayang. Jika dulu, momen indah menikmati pemanis mulut ini bersama hanya dapat dicipta di tempat awam mahupun rumah sendiri, kini anda boleh mencipta memori lebih istimewa di Kafe Magnum Kuala Lumpur.

Kafe dua tingkat dengan keluasan 4,200 kaki persegi itu juga sesuai dijadikan persinggahan hujung minggu seisi keluarga terutama mereka yang mempunyai anak kecil.

4-MagnumKL (12)Berkesempatan menghadiri pembukaan rasmi kafe yang terletak di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini, Pepatung menyenaraikan sebab-sebab utama mengapa Magnum Kuala Lumpur adalah destinasi romantis untuk anda menyemai bahagia.

1) Dua bar infiniti: Berbanding cawangannya di tempat lain seperti di Jakarta (Indonesia), Bangkok (Thailand) dan Paris (Perancis), Magnum Kuala Lumpur adalah kafe pertama jenama ini yang dilengkapi dua bar infiniti. Kedua-dua bar ini masing-masing ditempatkan di aras bawah dan atas bagi membolehkan pengunjung mencipta sendiri rekaan ais krim Make My Magnum. Jadi, anda mempunyai pilihan sama ada mahu beratur di bar bawah atau atas. Kesesakan barisan juga dapat diminimumkan.

1-MagnumKL (8)

2) 250,000 rekaan: Keutamaan kafe ini sudah tentunya difokuskan terhadap penyediaan pengalaman eksklusif pengunjung dalam menikmati pencuci mulut yang terdiri daripada variasi ais krim Magnum. Justeru, menerusi Make My Magnum, anda boleh mencipta sebanyak 250,000 jenis ais krim mengikut tiga langkah mudah. Pertamanya, pilih perisa asas ais krim anda (vanila atau coklat) diikuti dengan salutan (coating) sama ada coklat putih, coklat susu atau coklat gelap.

Langkah kedua adalah dengan memilih tiga daripada seleksi hiasan berperisa (topping). Di sinilah kreativiti suai padan rasa anda akan diuji. Memandangkan ais krim sudah agak manis, tidak salah anda mengimbanginya bersama secubit garam laut, kepingan cili dan marshmallow. Penggemar kekacang pula pasti rambang mata dengan pilihan sedia ada seperti gajus dan pistasio yang dihiris nipis.

Sempurnakan rekaan tersendiri ais krim anda dengan tuangan (drizzle) sos coklat sama ada coklat putih, coklat susu atau coklat gelap. Dengan ribuan pilihan ini, tidak timbul lagi pertengkaran manja sesama pasangan bagi menikmati pemanis mulut terbaik.

2-MagnumKL (4)

3) Perisa tempatan: Bertepatan dengan selera orang Malaysia, Magnum Kuala Lumpur turut menyediakan empat menu signatur khusus untuk masyarakat tempatan. Magnum Kaya Waffle Toast, Magnum Triple Choc Cookie Skillet, Magnum Galaxy dan Magnum Triffle adalah empat ais krim istimewa yang dicipta berlandaskan tunas rasa asas orang di negara ini. Justeru, tiada masalah bagi anda untuk mengomel bahawa pilihan di kafe ini tidak menepati tekak anda.

2-Magnum Kaya Waffle Toast

3-Magnum Trifle

4) Menu berat: Selain menikmati ais krim, anda juga boleh memesan sajian menu berat yang pasti tidak menghampakan. Seleksi makanan fusion di kafe ini membuktikan ia peka terhadap keinginan orang tempatan. Pasta telur masin misalnya, cukup untuk menggambarkan jati diri Malaysia.

5) Harga berpatutan: Membelanjakan serendah RM9.90 untuk pemanis mulut istimewa memang berbaloi. Apatah lagi ia didatangkan bersama kebebasan bagi mencipta sendiri ais krim mengikut kreativiti anda. Bukan itu sahaja, pada harga berpatutan ini, anda dan pasangan atau keluarga dapat menambah destinasi kebahagiaan baharu dalam lipatan kenangan anda.

3-MagnumKL (1)

Pengumuman: Kafe kedua Magnum di negara ini bakal dibuka di IOI Putrajaya menjelang hujung Disember ini.

Magnum Kuala Lumpur: T-023, 052 & 054, Aras 3, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

Facebook: Magnum Malaysia

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini