Gastronomi

Kehalusan seni kopi di Caffe Crema

By  | 

BUDAYA meminum kopi semakin meluas di Malaysia. Jika dulu pilihan lokasi menikmati kopi yang ‘kao’ amat terhad, kini bertebaran kafe kopi yang menyediakan menu kopi unik bersama sajian ringan. Jadi apa kata pada hujung minggu ini, peruntukkan masa santai anda dengan berkunjung ke sebuah kafe kopi yang ingin kami perkenalkan ini.

6-crema

Panjangkan langkah anda ke Caffé Crema kerana ia bukanlah kafe kopi yang tipikal. Malah ia merupakan kafe pertama di Malaysia yang menggunakan mesin pembancuh kopi ikonik, Bialetti berserta refraktometer bagi memastikan konsistensi. Pencinta kopi juga berpeluang mempelajari seni menghasilkan secawan kopi menggunakan Moka Pot di bawah bimbingan barista mereka yang terlatih.

2-crema

Berlatarkan ambien mewah, sajian premium di Caffé Crema bagaimanapun masih ditetapkan pada harga berpatutan. Anda dapat menghirup secawan kopi yang halus pembuatannya pada harga serendah RM6.50 sehingga RM14, begitu juga menu lain.

5-crema

Dekorasi dalaman yang didominasi kayuan menghidupkan persekitaran klasik dan diadun sedikit kemodenan bersama susun atur sofa serta kerusi elegan. Ruang kafe berkeluasan 435 kaki persegi ini sangat sempurna untuk dijadikan tumpuan seisi keluarga ataupun bersembang petang bersama rakan-rakan.

4-crema

Sekiranya anda ke Caffé Crema, jangan lupa untuk memesan latte panas bersama kek karamel ataupun Mocha Monday yang sememangnya pilihan terbaik.

Info Caffé Crema
Lokasi: E-01-02, Blok E, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi – 8 malam (Isnin hingga Jumaat) dan 10 pagi – 9 malam (Sabtu dan Ahad)
Facebook: Caffe Crema Coffee & Tea
Instagram: @caffecreama.my
Laman web: www.caffecrema.my

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *