Gastronomi

Gastronomi halal di Kota Singa

By  | 
Sebelum1/5Seterusnya

1-halal sg

DUA minggu lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan Ramadan. Bulan penuh keberkatan dan tempoh keemasan bagi meningkatkan amal ibadat. Usai berpuasa selama sebulan, Syawal menyusul membawa kegembiraan.

Selain bergaya dalam persalinan serba baharu, Hari Raya Aidilfitri juga terkenal sebagai musim menikmati juadah paling enak. Begitu juga sepanjang Ramadan, pelbagai sajian dijual di bazar-bazar untuk dijadikan pelepas lapar dan dahaga ketika berbuka puasa.

Barangkali ada dalam kalangan anda yang memasang keinginan untuk merasai pengalaman berpuasa atau berhari raya di luar negara. Apatah lagi meneroka gastronomi antarabangsa yang pasti memberikan memori berbeza sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

Anda tidak perlu terbang jauh. Cukup dengan berkunjung ke negara jiran, Singapura. Tidak dinafikan, ramai beranggapan Singapura sebagai destinasi yang kurang sajian istimewanya. Tidak banyak berbeza dengan Malaysia. Namun jika anda benar-benar menjenguk ke setiap ceruk negara berkeluasan 716 kilomter (km) persegi itu, pasti bertembung kafe atau restoran unik dengan rasa yang tidak menghampakan.

Baru-baru ini, Pepatung dan beberapa media tempatan dibawa Far East Hospitality untuk menjelajah ke sekitar kawasan Bugis. Selama lawatan tiga hari dua malam itu, kami diperkenalkan kepada empat tumpuan makanan halal dalam radius yang begitu hampir dengan lokasi penginapan, Village Hotel Bugis.

1-hotel bugisKEEMPAT-empat tumpuan makanan halal ini terletak dalam radius Village Hotel Bugis. Foto/Far East Hospitality

The Landmark, Pho 4A, Fika dan La Marelle merupakan penawaran halal antarabangsa di Singapura yang mesti disinggahi pelancong. Setiap satu daripadanya menjanjikan kelainan rasa dengan kepelbagaian menu khusus mengikut negara tertentu.

Jadi anda tidak mempunyai alasan untuk mencari kedai makan halal di Kota Singa terutama ketika bulan Ramadan dan Syawal.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *