Burger Double Down Maxx KFC kembali

0
45

double maxx2

BURGER KFC tidak pernah menghampakan. Setiap keluaran baharunya sentiasa berinovatif, unik dan menepati selera orang tempatan. Kali ini, KFC mengembalikan burger yang pernah popular dua tahun lalu. Burger Double Down Maxx kini kembali bersama nikmat kerangupan dan kelazatan berganda bagi memenuhi keinginan orang Malaysia.

Dihasilkan dengan gabungan cita rasa menakjubkan, Double Down Maxx mencantumkan dua filet Zinger rangup Hot & Spicy yang mengapit kentang hashbrown, keju dan lapisan sos chipotle pedas.

Bersandarkan slogan ‘Hebat Rasanya, Rebutan Semua’, Double Down Maxx diinspirasikan daripada cita rasa golongan remaja, belia dan mereka yang berjiwa muda. Ciri ini bertepatan dengan kehendak generasi masa kini yang sentiasa mahukan hidangan terbaik dan istimewa dengan saiz lebih besar serta disempurnakan kelazatan berganda.

KFC Double Down Maxx boleh didapati pada harga yang amat berpatutan iaitu bermula RM10.90 (untuk hidangan ala carte) dan Kombo Lunch & Dinner pada harga RM12.95. Hidangan kombo didatangkan bersama satu set Cheezy Wedges dan satu minuman berkarbonat (kedua-duanya bersaiz biasa). Tawaran Kombo Lunch & Dinner ini tidak sah di cawangan KLIA/KLIA2, Lapangan Terbang Pulau Pinang, Legoland dan Genting.

Ia kini boleh dinikmati di semua restoran KFC seluruh negara bermula 28 November lalu dan hanya ditawarkan dalam tempoh terhad.

Peraduan Double Down Maxx

10376289_10152606638244247_8562961374923672619_n

Seiring dengan promosi ini, KFC juga akan menganjurkan cabaran Double Down Maxx bermula 28 November lalu hingga 26 Disember depan. Cara penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Like laman Facebook rasmi KFC Malaysia
  2. Ambil gambar atau selfie dengan cara paling kreatif ketika menikmati burger Double Down Maxx
  3. Kongsikan gambar sama ada di bahagian komen entri berkenaan peraduan di laman Facebook rasmi KFC Malaysia atau muat naik gambar tersebut di laman Instagram anda menggunakan hashtag #DoubleDownMaxx

Seramai 40 penyertaan paling menarik akan dipilih dan berpeluang untuk merasai pengalaman cabaran drift Double Down Maxx bersama pelumba drift nombor satu negara, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel

Foto kredit: KFC Malaysia

KONGSI
Artikel sebelumnyaButik JStore oleh Jovian Mandagie kini di KLIA!
Artikel seterusnyaPerkara yang anda perlu tahu sebelum memotong rambut
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini