Gastronomi

Buat burger sendiri di The Counter

By  | 

BERITA baik buat penggemar burger! Kini anda tidak lagi perlu bersusah payah membeli bahan-bahan di pasar raya bagi menghasilkan burger mengikut cita rasa tersendiri.

Menerusi pembukaan The Counter hari ini (22 April 2015) di Dining Loft, tingkat tujuh, Pavilion Kuala Lumpur (KL), anda dapat menghasilkan burger sendiri dengan mudah, pantas, menjimatkan (wang dan masa) serta pastinya melazatkan.

The Counter, restoran yang mengetengahkan konsep penyediaan burger premium sendiri dalam kalangan pelanggannya dibangunkan pada 2003 di California, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Dengan lebih 40 cawangan di AS, The Counter di Pavilion, KL merupakan cawangan pertamanya di Malaysia.

2-the counter

Selain menawarkan keterbukaan kepada pelanggan bagi menghasilkan burger sendiri, The Counter juga menggunakan daging lembu, ayam dan ayam belanda semula jadi yang bebas daripada antibiotik dan hormon. Ia turut menyediakan burger khusus buat individu vegetarian. Oh ya, burger di sini juga halal!

Sekiranya anda bercadang untuk berkunjung ke The Counter hari ini, apa kata persiapkan diri dengan enam langkah penyediaan burger berikut:

  • Langkah 1 – Pilih burger; pilih protein
  • Langkah 2 – Pilih keju; anda boleh memilih daripada pelbagai jenis keju import dan tempatan seperti Danish blue, Greek feta, horseradish cheddar, jalapeno jack, gruyère dan ripened brie lembut
  • Langkah 3 – Pilih sos; anda boleh memilih daripada variasi sos unik di sini termasuk barbeku (BBQ) Korea, sour cream pedas, sriracha manis, basil pesto, chipotle aioli, sos kacang, tzatziki atau tomato sun-dried vinaigrette
  • Langkah 4 – Pilih topping; pilihannya terdiri daripada serbuk kacang, cendawan saute, hirisan avokado, cili buatan sendiri, hirisan lobak merah, hirisan timun jeruk (dill pickle), kranberi kering, nanas gril, jagung panggang & salsa kacang hitam, kepingan daging lembu, telur goreng, avokado dan pepperoncini pedas
  • Langkah 5 – Pilih roti; terdapat variasi roti yang diperbuat oleh pembuat roti handalan seperti brioche style, ciabatta, roti pretzel dan mufin Inggeris. Anda juga boleh memilih untuk menghidangkan burger buatan sendiri tanpa roti dan menggantikannya bersama semangkuk sayuran hijau atau adunan salad (lettuce).
  • Langkah 6 – Pilih sajian sampingan (side); jangan lupa sempurnakan hidangan anda bersama kentang goreng shoestring, string bawang rangup, salad quinoa, cili buatan sendiri atau secucuk (skewer) sayuran gril. Jangan lupa untuk memesan milkshake yang menjadi minuman signatur di sini.

1896770_1587481544830625_4306080022996575700_n

Dengan keluasan 3,335 kaki persegi, The Counter Pavilion mampu menempatkan sehingga 160 pelanggan dalam satu-satu masa. Terdapat juga 32 tempat duduk di bahagian luar berlatarkan pemandangan indah Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Info The Counter:
Laman web: www.thecounterburger.com
Facebook (Malaysia): The Counter Malaysia – Pavilion KL
Instagram: @thecounterburger / @thecountermy
Telefon (Pavilion): 03-2117 5309

Kredit foto: Facebook The Counter Malaysia

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *