Ayam kicap meletup KFC kembali!

0
26

BAGI menceriakan lagi tahun baru serta musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba, KFC Malaysia telah mengembalikan cita rasa sensasi – Ayam Kicap Meletup khas untuk dinikmati pelanggan-pelanggan setia mereka!

KFC Ayam Kicap Meletup menampilkan ayam KFC kegemaran ramai yang digoreng rangup, digabung bersama kicap Shoyu import yang unik, rumpai laut, emping cili, bijan dan rempah-ratus istimewa. Gabungan ini seterusnya menghasilkan kelazatan berasaskan rasa manis, pedas dan berempah dalam setiap gigitan.

kfc kicap letup3

“Ayam Kicap Meletup pernah dilancarkan pada bulan Jun tahun lalu dan berikutan sambutan yang amat memberangsangkan, kami menawarkan produk ini kembali atas permintaan ramai.

“Gabungan ideal ayam goreng KFC dengan sentuhan kegemaran tempatan – kicap dan cili menjadikan produk ini disukai ramai.

“Kami yakin para pelanggan akan berasa gembira kerana berpeluang sekali lagi untuk menikmati Ayam Kicap Meletup serta berkongsi keenakannya yang luar biasa bersama keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini!” ujar Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.

Dengan slogan ‘Tahun Baru Cina Pasti Lebih Meletup, Bila Diraikan Bersama’ kemunculan semula produk lazat ini melambangkan kebersamaan rakyat Malaysia yang akan turut berkongsi perayaan di samping menikmati kehebatan rasa Ayam Kicap Meletup. Ia semestinya gabungan cita rasa muhibah untuk dikongsi bersama!

Sejajar dengan perayaan Tahun Baru Cina, KFC turut menampilkan hidangan sampingan enak istimewa iaitu nasi rumpai laut bagi menggandakan kelazatan hidangan Ayam Kicap Meletup.

Pada harga hanya RM11.95*, pelanggan boleh menikmati hidangan kombo yang terdiri daripada dua ketul Ayam Kicap Meletup, nasi rumpai laut atau kentang goreng crispier fries, coleslaw, serta minuman menyegarkan iaitu 7Up Lemon Mint.

kfc kicap letup2

KFC juga menawarkan Ayam Kicap Meletup dalam bentuk Value Bucket untuk hidangan yang lebih besar pada harga yang berpatutan.

Sesuai untuk dikongsi bersama semasa perayaan, KFC Ayam Kicap Meletup boleh didapati dalam bucket yang terdiri daripada sembilan ketul ayam, kentang putar bersaiz besar, satu kentang goreng crispier fries bersaiz besar berserta sebotol Mirinda Orange 1.5 liter, dengan kesemuanya pada harga RM46.90**! Terdapat juga pilihan Bucket lima ketul dijual pada harga RM27.90**.

Kunjungi restoran KFC berdekatan pada musim perayaan penuh bermakna ini dan nikmati Ayam Kicap Meletup yang boleh didapati bermula dari 14 Januari 2016, sementara stok masih ada.

NOTA: *Kombo 2-ketul Ayam Kicap Meletup berharga RM11.95 semasa waktu Lunch & Dinner Treats 12pm-3pm & 6pm-9pm. **Semua harga jualan dan kombo mungkin berbeza mengikut lokasi.

KONGSI
Artikel sebelumnyaAJL30: Suram tanpa sebarang fenomena
Artikel seterusnyaKnorr gempur misi cegah kebuluran

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini