Gastronomi

Aloha burger Hawaiian Deluxe McDonald’s

By  | 

SATU lagu produk baharu diperkenalkan McDonald’s Malaysia. Bermula hari ini (15 September 2016) sehingga 5 Oktober depan, nikmati keenakan burger Hawaiian Deluxe.

Nikmati keenakan rasa tropika dengan potongan nanas, salad segar, daging ayam empuk dan kepingan ayam enak ditambah pula dengan keju dan sos Hawaiian lazat.

Introduksi terhadap burger edisi terhad itu adalah sempena kempen Discover the World anjuran McDonald’s yang meraikan kemeriahan suasana dan cita rasa istimewa dari seluruh dunia.

Menerusi burger Hawaiian Deluxe, semangat ‘aloha‘ diraikan yang mempromosikan nilai kasih sayang dan persahabatan.

“Kami telah membawakan pengalaman menarik kepada pelanggan dengan cita rasa dan budaya dari seluruh dunia menerusi kempen Discover the World. Ia bermula dengan tema karnival Rio sehinggalah cita rasa Malaysia.

hawaiideluxe-3c4afaa8b2-8fd5795feca47deabf827f4ed65f57a3-jpg-cFOTO: MCDONALD’S MALAYSIA

“Kali ini, McDonald’s meraikan pula ‘aloha’ yang menonjolkan tema persahabatan dan kasih sayang sesama manusia, satu nilai budaya yang juga diamalkan di sini,” jelas Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar.

Seiring dengan keraian tersebut, McDonald’s juga bakal menghadiahkan jambangan bunga kepada individu kesayangan anda pada setiap hari Selasa sepanjang tempoh promosi dengan kerjasama pengusaha bunga terkenal, 50Gram.

Para pelanggan McDonald’s juga berpeluang memenangi baucar pelancongan bernilai RM1,000 ke destinasi pilihan dengan menyertai peraduan ‘Snap & Win’ yang akan berlangsung bermula 17 hingga 30 September ini. Anda hanya perlu menghasilkan rupa ‘Hawaiian‘ paling menarik menerusi aplikasi Snapchat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web McDonald’s Malaysia.

Burger Hawaiian Deluxe kini boleh didapati pada harga RM11.95 (ala carte) ataupun pada harga RM14.99 untuk pembelian set McValue Regular berserta kentang goreng dan air Frozen Fanta.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *