Gastronomi

10 menu yang boleh disediakan menggunakan keledek

By  | 

RASANYA yang manis dan teksturnya yang lembut membuatkan keledek mudah diaptasi dalam masakan. Sama ada menu tempatan ataupun Barat, penggunaan keledek pasti membuatkan hidangan lebih enak dan istimewa.

Selain boleh direbus dan dimakan begitu sahaja, terdapat banyak resipi melibatkan ubi tersebut. Pepatung menyenaraikan 10 resipi yang boleh anda cuba menjelang hujung minggu ini.

1) Keledek bakar

Sajian yang memerlukan penggunaan ketuhar. Dihidangkan bersama mayonis dan sos cili untuk minum petang.
Resipi: Food Network

2) Keledek panggang

Masih menggunakan ketuhar. Namun hidangan ini sesuai dimakan begitu sahaja ataupun bersama roti dan nasi putih.
Resipi: Seriouseats

3) Keledek lecek/lenyek

Bosan menggunakan ubi kentang biasa untuk menghasilkan kentang lecek? Mengapa tidak menggantikan ia dengan ubi keledek? Malah ia akan memberikan kelainan rasa dan semestinya manis semula jadi.
Resipi: Seriouseats

4) Sup keledek bersama sosej

Ketika anda demam atau tidak selera makan, tukar kebiasaan daripada sup ayam kepada sup ubi keledek bersama sosej ini. Anak-anak kecil pun pasti menggemari sajian ini.
Resipi: Martha Stewart

5) Kerepek (chips) keledek bakar

Kalau muak atau enggan membeli keropok komersial di pasar raya, anda boleh menyediakan kudapan sendiri. Hiris nipis ubi keledek dan apabila ia siap dibakar, perahkan limau dan tabur garam kasar. Siap untuk dimakan sambil bersantai.
Resipi: Martha Stewart

6) Pai keledek

Pemanis mulut yang sederhana tetapi digemari setiap peringkat usia.
Resipi: Martha Stewart

7) Kuih talam lapis keledek manis

Banyak kegunaan ubi keledek terutama dalam menyediakan kuih-muih tradisional. Kuih talam antara yang sering menjadikan ubi keledek sebagai bahan utama.
Resipi: Dari Dapur

8) Kuih keria

Sekarang ramai yang sedang kemaruk keria gula Melaka. Bagaimanapun, kuih keria asli masih lagi digemari ramai. Keledek merupakan bahan asas dalam membuat kuih keria. Daripada beratur panjang membeli di kedai, sekali-sekala cubalah sediakan sendiri.
Resipi: Azlitamasammanis

9) Bayam udang keledek

Kalau ke kedai makan, kita tidak banyak pilihan sayur-sayuran. Kebiasaannya kita akan memesan kangkung belacan ataupun kailan ikan masin. Di rumah anda boleh bereksperimen dengan pelbagai jenis resipi. Bayam udang bersama ubi keledek ini antara yang menarik untuk dicuba. Sedap dimakan bersama nasi panas dan yang penting menyihatkan.
Resipi: Cikdewiku

10) Bergedel ayam keledek

Gantikan ubi kentang dengan ubi keledek untuk menyediakan bergedel berbeza ini. Rasanya akan lebih manis dan boleh dinikmati begitu sahaja atau bersama sos cili.
Resipi: Resepimudah

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

1 Comment

  1. RAIHANAH AHMAD

    21 February 2017 at 8:38 AM

    semua nampak menyelerakan

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *