Wau Bulan pelengkap kostum tradisional Miss Malaysia World 2015

0
44

SEMUA sedia maklum bahawa Brynn Zalina Lovett berjaya merangkul gelaran Miss Malaysia World 2015. Kejayaan tersebut telah melayakkan Brynn, 22, untuk terbang ke Sanya, China mewakili Malaysia pada pertandingan Ratu Cantik Dunia (Miss World) 2015.

Brynn yang berasal dari Sabah kini sedang dalam kempennya bagi merebut gelaran Miss World 2015 dengan pusingan akhir bakal diadakan pada 19 Disember depan.

Wanita berketurunan Serani itu merupakan kacukan suku etnik Murut dan Australia. Mendapat pendidikan dalam bidang komunikasi di Taylor’s University Lakeside Campus, Subang Jaya, Selangor, Brynn juga berbakat besar dalam seni tari dan aktif dalam sukan renang.

241115_Welcome_06.jpg-cBRYNN KINI DILIHAT SEBAGAI SALAH SEORANG PESERTA BERPOTENSI BESAR DARI KELOMPOK NEGARA ASIA. FOTO/MISS WORLD

Selain mempertaruhkan bakat, personaliti, kebijaksanaan dan paras rupa, penglibatan Brynn turut dipersiapkan bersama tiga busana anggun yang direka istimewa untuknya sempena pertandingan berprestij tersebut.

Pereka handalan tanah air, Jovian Mandagie menggalas tanggungjawab selaku pereka kesemua busana kepada pemegang gelaran Miss Malaysia World tahun ini. Berikut merupakan tiga rekaan Jovian yang bakal disarungkan Brynn pada malam kemuncak Miss World 2015 kelak.

1) Dres Pusingan Pengenalan (Opening)

Opening Dress.jpg-c

2) Dres Pusingan Akhir (Grand Final Dress / Evening Gown)

Diinspirasikan daripada glamor era 1950-an, gaun panjang strapless bustier ini dihasilkan bersama les berkualiti tinggi dan dihiasi sepenuhnya dengan renda Perancis yang direka khas bagi memberikan keunikan tersendiri kepada gaun ini.

Grand Final Dress (Evening Gown).jpg-c

Pesona Brynn sebagai seorang penari juga menjadi kelebihan kepadanya apabila ia dipadankan dengan sentuhan fabrik krep sutera dan tekstur fabrik sifon kerana ia memberi keselesaan dan mewujudkan elemen mewah pada busana haute couture ini.

Seramai 10 artisan yang terdiri daripada pemotong kain, tukang jahit, penenun kain dan tukang jahit manik bertungkus-lumus kira-kira dua bulan bagi menyiapkan busana ini.

3) Kostum Tradisional

Diilhamkan daripada pakaian tradisional Malaysia dari negeri Pahang iaitu Baju Kurung Pahang. Busana tradisional yang akan diperagakan Brynn ini direka secara eksklusif oleh Jovian sempena Pertandingan Miss World ke-65 tahun ini.

Bentuk unik busana ini turut menghasilkan siluet duyung hourglass. Leher baju cekak musang turut digunakan sebagai salah satu elemen pakaian tradisional yang terdapat pada busana ini. Potongan duyung busana ini menyerlahkan lagi alunan fabriknya yang menawan.

Kehalusan tenunan yang rapi daripada fabrik songket hijau zamrud ini menyerlahkan lagi ciri-ciri sofistikated. Ia turut dihiasi daun logam emas yang diinspirasikan daripada Bunga Mas yang diletakkan di bahagian tepi busana tradisional ini bagi menonjolkan elemen dramatik dan eksotik.

Traditional Costume with Headpiece.jpg-c

Kami tidak hanya mereka pakaian, tetapi mereka bentuk pakaian couture yang berkualiti tinggi. Ini adalah hasil seni yang dicurahkan dalam sesuatu karya dan juga cinta yang abadi kepada warisan Malaysia,” jelas Jovian.

Konsep pakaian tradisional ini diilhamkan daripada seorang Puteri legenda dari Pahang iaitu Puteri Walinong Sariyang sangat terkenal dalam kalangan rakyat jelata sebagai seorang pahlawan.

“Saya memberi nama busana ini sebagai Queen B iaitu Queen Brynn kerana ia melambangkan keperibadian watak seorang ratu yang agung,” tambah Jovian.

Bagi menyerlahkan lagi keunikan busana ini, hiasan kepala yang berbentuk wau bulan rekaan eksklusif Bremen Wong turut menjadi pelengkap persalinan tradisional Brynn. Reka bentuk rumit wau Malaysia ini diberi sentuhan kraf tangan moden yang juga menjadi simbol warisan negara.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini