Stail

Vokal Yuna latari video kempen baharu H&M

By  | 

KOLEKSI terbaharu musim bunga 2015 oleh jenama high street terkenal H&M menghamparkan gaya berinspirasikan kehidupan gadis bohemian sekitar lewat 1960-an dan awal 1970-an. Bagi koleksi ini, rekaan yang diserlahkan cukup longgar dan bersahaja sesuai dengan ciri-ciri ringkas gaya chic bohemian.

1-yuna hnm

Supermodel terkenal, Daria Werbowy menghiasi video kempen koleksi ini dan apa yang menjadikan ia lebih peribadi kepada penggemar fesyen Malaysia adalah dengan penglibatan Yuna yang meminjamkan suaranya sabagai latar muzik video tersebut.

Menerusi video tersebut, Yuna merakamkan semula lagu Strawberry Letter 23 dendangan asal The Brothers Johnsons

Menurut Yuna: “Musim bunga adalah waktu yang paling saya gemari setiap tahun! Gaya peribadi saya turut dipengaruhi unsur bohemian chic. H&M sentiasa mempunyai corak cetakan yang menarik berserta kardingan beralun panjang serta kemeja chambray yang ringan.

4-yuna hnm

“H&M juga sering memberikan gaya yang stailo dan item fesyen mampu milik. Kerjasama saya dan jenama terkenal ini semestinya menggembirakan saya kerana diberi peluang untuk terlibat dalam projek fesyen berskala antarabangsa.”

Comments

comments

Pernah berkhidmat sebagai penerbit sebuah rancangan televisyen tempatan. Penulis merupakan individu yang sukakan fesyen tetapi tidak gemar mengelaskan dirinya dalam kelompok fesyenista. Baginya fesyen adalah subjek kreatif yang membuatkan dunia lebih indah dan bukannya perlumbaan siapa yang lebih stailo.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *