Victoria’s Secret, Wal-Mart jual semula pakaian dalam terpakai

0
32

KIRA-KIRA empat tahun lalu, rancangan bual bicara Today membongkar kegiatan beberapa gedung pakaian besar seperti Gap, Macy’s, Bloomingdale’s dan Nordstrom di Amerika Syarikat yang menjual semula pakaian dalam terpakai yang telah dipulangkan oleh pelanggan.

Terbaharu, wartawan rancangan itu mengadakan siasatan susulan terhadap perkara tersebut dan malangnya, jenama-jenama seperti Victoria’s Secret, Wal-Mart dan Marshalls masih mengamalkan cara penjualan jijik tersebut.

Menerusi penyamaran yang dilakukan oleh sekumpulan wartawan (yang dilengkapi dengan kamera tersembunyi), mereka memulangkan pakaian dalam yang telah dibuang tanda harga tetapi ditanda dengan satu titik hitam pada labelnya, agar ia mudah dijejaki kemudian.

Kebanyakan gedung yang dikesan melakukan perbuatan tersebut empat tahun lalu tidak menjual pakaian dalam yang telah dipulangkan oleh wartawan. Bagaimanapun, pekerja di Victoria’s Secret, Marshalls dan Wal-Mart bertindak meletakkan semula tanda harga pada pakaian dalam yang telah dipulangkan lalu menjualnya tanpa ada perasaan bersalah.

Selepas video tersebut menjadi viral, ketiga-tiga gedung itu kemudian mengeluarkan kenyataan berjanji akan memberi latihan dan penerangan yang sewajarnya kepada pekerja mereka agar perkara tersebut tidak berulang kembali.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini