Uniqlo dan Disney cipta magis dengan pakaian

0
14

ANIMASI Disney bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak. Malah hampir setiap lapisan usia membesar dengan produk Disney. Bagi meraikan kebersamaan itu, Uniqlo telah berkolaborasi dengan Disney mengeluarkan koleksi Magic For All di bawah katalog musim luruh/sejuk 2016.

02_florence_0253_14_300-jpg-c-min

Tiga koleksi dihasilkan di bawah projek tersebut adalah; Disney Varsity, Disney Outdoor dan Disney Holiday. Berikut merupakan pecahan tiga koleksi tersebut:

1) Disney Varsity Collection – Varsity Meets Fashion!

06_dylan_alessandra_0475_10_300-jpg-c-min

Diinspirasikan daripada fesyen sukan-sukan kolej di Amerika Syarikat (AS). Semester baharu pengajian di AS bermula setiap September dan terdapat helaian yang memaparkan Mickey dan Minnie Mouse pulang ke kampus dan bersukan. Siluet tubuh dan keseniannya diperkemaskan dalam gaya vintaj. Imej pasukan sorak, bola sepak dan besbol dipersembahkan dalam rona biru navy, merah tua (burgundy) dan hijau rimba.

12_gray_sorrenti_0102_08_300-jpg-c-min

Koleksi ini kini boleh didapati di semua gedung Uniqlo dan juga boleh diperoleh secara dalam talian.

2) Disney Outdoor Collection – Chic Colors and Casual Detailing in a Fresh Outdoor Style!

Ilham alam semula jadi membentuk tema koleksi ini. Warna-warna tanah berteraskan motif seperti pokok, gunung dan matahari menghiasi indah kemeja flannel, baju berkolar turtle neck dan baju kait bulu biri-biri. Mengekalkan nilai vintaj gaya Mickey dan Minnie, koleksi kali ini turut muncul dengan jaket blouson (Ultra Light Down) dengan cetakan Mickey Mouse sebagai lapisan dalaman helaian (lining).

3) Disney Holiday Collection – “Christmas with Friends, Family, or that Special Someone!”

Bakal dilancarkan pertengahan November depan, koleksi istimewa untuk musim perayaan ini menampilkan motif Mickey Mouse dengan percikan rona merah jambu smoky, biru dan kelabu. Selimut dan selipar dalam rumah juga dihiasi dengan karakter-karakter popular Disney.

KONGSI
Artikel sebelumnyaLima fakta tentang enam anak Angelina Jolie-Brad Pitt
Artikel seterusnya25 Video Muzik Terbaik Tempatan

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini