BARU-BARU ini, pengacara dan pelakon, Neelofa sekali lagi memanaskan termometer media sosial apabila dia memuat naik gambarnya yang sedang menggayakan topi bersaiz luar biasa besar sewaktu bercuti di Kepulauan Maldives.

 

View this post on Instagram

 

It’s just me, the sea and the sun! I can do this forever! ❤

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Walaupun ramai pengikut Instagramnya dilihat kurang menggemari imej tersebut, namun, Neelofa dilihat yakin dengan fashion statement yang ada pada topi berkenaan dengan memadankannya dengan lilitan turban.

Untuk rekod, Neelofa bukanlah insan pertama di dunia yang menggayakan topi bersaiz luar biasa besar itu.

Foto/DesignBoom

Sejak diperkenalkan oleh pereka fesyen Perancis, Simon Porte Jacquemus pada 2017, ramai selebriti dan orang ternama dilihat menggayakan topi bersaiz besar yang diberi nama Le Grand Chapeau Bomba itu.

Foto/Mirror UK

Buktinya, ia dipakai oleh Emma Leth, pelakon kelahiran Denmark yang menyarungkan topi bersaiz XXL pada hari perkahwinannya bagi menggantikan aksesori veil yang barangkali baginya terlalu bersifat tradisional.

Foto/Emma Leth

Trend topi besar terus berkembang dan model terkemuka, Bella Hadid turut menggayakan topi bersaiz sama sewaktu berjemur di tepi pantai.

Foto/Emrata

Dalam masa yang sama, pelakon Emily Ratajkowski dan megan Pormer turut menggayakan trend serupa.

Melihatkan pada trend ini, tidak mustahil ia akan berkembang dalam kalangan penggemar fesyen, sama seperti penny pack yang dianggap hodoh suatu ketika dahulu dijadikan sebagai aksesori pelengkap gaya pada zaman sekarang.

Di atas kertas, harga Le Grand Chapeau Bomba dijual pada harga AS$420 (RM1,751) untuk saiz kecil dan AS$680 (RM2,835) untuk saiz besar.

Jiwa kamu cukup besar untuk menggayakan topi seperti ini tatkala bercuti?

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini