Stail

Snoopy daripada Peanuts ‘duta’ Uniqlo x KAWS

By  | 

IKON komik Peanuts, Snoopy sememangya popular dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Sejak diperkenalkan penciptanya, Charles M. Schulz pada 1950, Snoopy dan karakter lain Peanuts sering dicetak dalam helaian pakaian oleh pelbagai jenama.

Kali ini, giliran Uniqlo pula melancarkan koleksi Peanuts. Projek istimewa tersebut melibatkan kerjasama Uniqlo bersama artis terkenal New York, KAWS.

Menerusi koleksi baju T (UT) yang bakal dilancarkan itu, sebanyak 26 item untuk orang dewasa dan kanak-kanak bakal menampilkan cetakan Snoopy, Woodstock, Charlie Brown dan rakan-rakan. Koleksi baharu itu juga akan menampilkan aksesori termasuklah beg jinjing (tote).

Berikut merupakan katalog bagi koleksi akan datang itu. Comelnya!

Sebelum1/7Seterusnya

 

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *