Stail

Set Hantaran SK-II dan Hatta Dolmat Couture buat bakal pengantin

By  | 

KULIT berseri bebas cela adalah impian setiap bakal pengantin. Menjelang hari bahagia, sudah tentu sang mempelai mahu tampil menawan dalam persalinan indah yang memperlihatkan kulit sempurna.

Bagi menghidupkan impian bakal pengantin, jenama penjagaan kulit global, SK-II telah melancarkan Set Hantaran SK-II & Hatta Dolmat Couture baru-baru ini. Set yang direka khusus oleh barisan pakar kecantikan SK-II itu mengandungi rangkaian produk Cellumination bagi mentransformasi kulit bakal pengantin agar menjadi cerah berseri.

2-hatta

Ia turut menerima sentuhan pereka fesyen ternama tanah air, Hatta Dolmat. Set tersebut memaparkan rekaan gaun pengantin renda Perancis yang dapat diilihat menerusi koleksi perkahwinan 2015 yang diilhamkan sendiri oleh Hatta.

“Saya terkesan dengan falsafah SK-II Change Destiny ketika memulakan proses rekaan ini. Saya mampu menghubungkan matlamat yang serupa iaitu menjadikan wanita kelihatan lebih cantik daripada biasa, terutamanya pada hari paling istimewa buat pengantin. Bekas untuk set ini perlu melambangkan visi kami terhadap pengantin moden Malaysia yang anggun, elegan namun kekal feminin.

“Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan SK-II bagi menjadikan impian ini satu realiti dan yakin ia adalah sesuatu yang perlu ada untuk setiap bakal pengantin bagi mendapatkan kulit cerah berseri,” kongsi Hatta.

3-hatta

Sebagai tanda meraikan pelancaran Set Hantaran SK-II & Hatta Dolmat Couture itu, Hatta telah mempersembahkan lima rekaan gaun pengantin dan lima sut lelaki yang direka khas untuk SK-II dan 20 rekaan daripada koleksi perkahwinan 2015 ciptaannya.

Dalam tona putih, seakan-akan putih, putih gading dan emas ros, rekaannya sememangnya kelihatan moden, elegan dan sofistikated dengan sedikit sentuhan tradisional. Renda Perancis dan fabrik bertekstur digunakan untuk mengetengahkan bentuk manakala sut lelaki manampilkan potongan tuksedo dan klasik berserta tali leher dan tali leher kupu-kupu.

6-hatta

SK-II & Hatta Dolmat Couture juga menjadi satu penghormatan kepada koleksi perkahwinan Hatta yang bertemakan ‘Principessa’ (yang bermaksud puteri dalam bahasa Itali) yang pernah memenangi anugerah pada 2010.

“20 rekaan untuk koleksi perkahwinan saya tahun ini adalah hasil inspirasi daripada kemenangan saya terdahulu. Daripada rekaan yang mudah tetapi elegan hinggalah kepada rekaan sofistikated, glamor dan menawan. Saya yakin pasti ada gaun untuk semua orang,” tambah Hatta.

7-hatta

Aksesori pada pertunjukan fesyen eksklusif tersebut disediakan oleh Scha Fadly manakala hiasan pengantin pula dipersembahkan oleh pengatur majlis perkahwinan terkenal Adi Putra Decor.

10-hatta

Set Hantaran SK-II & Hatta Dolmat Couture mengandungi Facial Treatment Essence (75ml dan 30ml), Facial Treatment Clear Lotion (30ml), Cellumination Mask-in-Lotion (100ml), Cellumination Aura Essence (30ml), Cellumination Deep Surge EX (15g), Whitening Source DermDefinition UV Lotion (0.6g), Facial Treatment Mask (1) dan Whitening Source Derm-Revival Mask (1).

Edisi terhad Set Hantaran SK-II & Hatta Dolmat Couture dijual pada RM753 (nilai sebenar RM1,457) dan boleh didapati di kaunter SK-II sementara stok masih ada di:

● SOGO Malaysia
● Isetan KLCC
● Pacific Kota Bahru
● Pacific Mall Alor Setar
● The Flying Emporium
● Metrojaya The Curve
● Metrojaya Mid Valley
● AEON Tebrau City
● AEON Bandar Utama
● Parkson KLCC
● Parkson Alamanda
● Parkson Subang Jaya
● Parkson East Coast Mall
● Parkson Pavilion KL
● Parkson Mahkota Parade
● Parkson Grand Miri
● Parkson Bandar Utama

Bukan itu sahaja, sepanjang Februari ini, anda turut berpeluang memanangi satu daripada lima gaun dan sut lelaki yang direka khas oleh Hatta untuk SK-II bernilai RM20,000 dan produk SK-II bernilai RM5,000 dengan menyertai pertandingan Hantaran SK-II & Hatta Dolmat Couture di kaunter terpilih SK-II dengan pembelian Set Hantaran SK-II & Hatta Dolmat Couture.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *