Stail

Selena Gomez dikritik kerana berbogel

By  | 

JIKA anda bergelar puteri Disney, berbogel mungkin salah satu perkara yang perlu anda lakukan untuk memecah kepompong suci jenama kanak-kanak itu. Selepas Miley Cyrus tampil tanpa pakaian untuk sampul muka hadapan bagi beberapa majalah fesyen, kini tiba giliran pelakon dan penyanyi Selena Gomez untuk melakukan perkara yang sama.

Selena Gomez Cover VMag

Tampil tanpa pakaian, pelantun lagu Slow Down itu dilihat hanya mengenakan celana denim pendek jenama Guess dan klip rambut merah bercorak polka dot putih bagi sampul muka hadapan majalah V keluaran musim bunga 2015.

Merupakan pose tanpa pakaian pertama Selena, gambar hasil bidikan jurugambar fesyen terkemuka Inez Van Lamsweerde and Vinoodh Matadin itu menerima kritikan yang agak keras daripada pengguna forum The Fashion Spot.

Dia nampak tidak selesa dan seperti seorang gadis bawah umur,” ujar pengguna forum Melancholybaby. Berkongsi sentimen yang sama adalah pengguna Thefrenchy: “Dia nampak seperti seorang kanak-kanak. Sangat mengganggu pandangan,” ujarnya.

Pengguna bernama MON juga menyatakan rasa yang sama. “Semuanya tampak malas. Tajuknya juga kedengaran malas. Ia merupakan tajuk lagunya (merujuk kepada single The Heart Wants What It Wants). Rambutnya juga tampak janggal dan pose tersebut membuatkan wajahnya nampak bulat. Dia nampak di bawah umur dan pada saya, Selena seperti melakukan aksi porno untuk majalah,” ulasnya.

Saya rasa dia memang nampak seperti kanak-kanak. Produksi majalah V mahukan aksi yang bertentangan dengan darah Selena iaitu Latin tetapi ia tidak menjadi kerana wajahnya seperti keanak-anakan,” balas pengguna Kokobombon yang bersetuju dengan kenyataan sebelumnya.

Sumber: The Fashion Spot, V

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *